Saturday, June 11, 2011

~POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI~

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir - khinzir tersebut….. potonglah kuku anda.
nak jadi macam ni??

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..




sel E-Coli
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Friday, June 10, 2011

Apa itu Air MANI , MAZI & WADI

Apa itu Air MANI , MAZI & WADI

Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi. Apakah yang dikatakan ketiga-tiga air ni?
Mesti ramai yang keliru atau langsung tidak pernah tahu. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel yang telah saya baca dari sebuah blog dengan rakan-rakan semua.

AIR MANI 

  • Maksud Air Mani -Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..
  • Hukum jika keluar Air Mani - Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib. Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain-main kan kerana tak sah segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.
  • Bagaimana Air Mani boleh keluar - Air Mani tidak akan keluar tanpa diberi ransangan pada alat syahwat (alat sulit). Maknanya ianya keluar apabila kita terangsang yang amat sangat.
  • Pandangan mahzab terhadap air mani -Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Berkata al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala : Mani jika keluar daripada lelaki maka boleh dikenali dengan tanda-tanda berikut ; i) Air yang putih. ii) Kenyal dan melekit. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. iv) Keluar dengan syahwat. v) Merasa lazat ketika terpancut. vi) Menyebabkan rasa tak bermaya atau lesu. vii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. viii) Bau seperti putih telur. Perhatian : Tidaklah disyaratkan terdapat semua ciri-ciri di atas barulah diwajibkan mandi sebab kadang-kadang ciri-ciri tersebut didapati sebahagian sahaja tetapi memadailah adanya salah satu daripada 3 ciri khusus di atas iaitu ; i) Keluar dengan syahwat. ii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. Hukum mani adalah suci dengan mana-mana sifat sekalipun.. Adapun mazi dan wadi adalah najis yg membatalkan wudhuk tetapi tidak diwajibkan mandi. So bila air mani tu suci waimma dia kering atau basah maka dibolehkan utk dipkai pakaian tsebut utk sembahyang.. 

Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,cara penyucian bagi air mani: Air mani yang dah kering cukuplah sekadar mengikisnya atau membasuhnya. Dalilnya: hadith riwayat muslim: Aisyah berkata,"Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi saw yang telah kering.Kemudian baginda memakainya untuk solat." Hadith riwayat bukhari dan muslim: Aisyah berkata, "Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi saw.Kemudian baginda memakainya untuk solat.Sedangkan masih basah(baju yang dipakaii Nabi) kesan air basuhan tu pada bajunya." Dalam perkara ini,para ulama berselisih pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau dikikis. Yaang paling rajih,ia perlu dibasuh jika ia masih basah,jika sudah kering memadailah dengan mengikisnya kerana tsabit dari perbuatan Saiditina Aisyah.,berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh al-Daruqutni, "dari Aisyah : Aku mengikis kesan air mani Nabi saw yang telah kering,dan membasuhnya jika masih basah." JIka seseorang terlupa untuk membasuhnya ketika masih basah maka solatnya tetap sah.Kerana terlupa. 





AIR MAZI  

  •  Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat (di awal rasa rangsang).Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Ia adalah sejenis najis .Warnanya jernih dan bertali.
  • Hukum jika keluar Air Mazi Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.Elok jika tukar seluar dalam anda apabila hendak solat.
  • Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan (melihat sesuatu yang boleh mendatangkan ransangan seperti gambar porno, wanita seksi.. dll) banyak lagi sebab kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil. Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair  akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis air mazi.
  • Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi. Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
  • Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang selalu melakukanseks oral. Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa Islam di Malaysia. Diingatkan sekali lagi, air mazi adalah HARAM untuk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi? Fikir-fikirkan la.......
Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,"Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi.Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub.Lalu,aku ceritakan kepada Rasullullah saw.Baginda bersabda: Sebenarnya,memadai hanya engkau berwuduk.Aku bertanya: Ya rasullullah sawbagaimana jika ia terkena pakaianku? Baginda menjawab: Memadai engkau mengambil seceduk air kemudian merenjis pada pakaianmu di mana sahaja kamu lihat ada kesan mazi."



  AIR WADI 
  • Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang selepas buang air kecil (kencing). Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga. 
  • Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya air wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dengan mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk  kembali jika ingin solat.
  • Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain daripada bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yang panas terik)

Wednesday, June 8, 2011

LELAKI YANG BAIK APABILA.....





lelaki yg baek apabila die melihat pasangannya
bepakaian seksi..
lantas berkata! "awk,tolong jgn pakai cmnie bley x?"
pakaian kita adlah 'taqwa'
bkn baju tali halus,shortpants ngn slipar jamban...
...kalo cmni la awk tiap2 hari....
sy pom dah puas ngn awk....
si fulanah itu tunduk malu...==
sy nak awk jadi yg halal buat sy....
bkn kerana nafsu...
bkn kerana harta...
bukan kerna rupa paras...
sy nk awk tw....
sy ikhlas mencntai awk dan ingin mnjadikan awk sb permaisuri lam hdup sy...
brbunga hati si fulanah td!melonjak2 keriangan..♥ ♥ ♥
ingtkn kene tolak mentah2.......
manusia...
manusia....
manusia...
xkn lari dr membuat silap ....
dan dari kesilapan itulah....
kita pndai berfikir...
kita pandai bertindak...
kita pndai menguruskn dan menyelsaikn masalah....
"awk,sy tgk awk manis bile berjubah...menutup aurat...
dan alngkah manisnya kalo cmtuh...." ^_^
ni sy hadiahkn awk jubah mak sy beli dekat mekkah ari tuh...
khas untuk awk...ambikla...."....
dan kadang2 tuh.....kaum wanita ni terlupe nak pakai sarung tgn....
ble ambil brg or ke ape ke....mesty terselak....


adehhh...kesilapan yg xterduga...
pahtu mula si fulan tuh tegur...."lawa lengan"!
ish2!!....elok sgt ke tuh.....nape xpakai sarung tgn?.........=='
laen kali jgn buat cmtuh lagi....aurat kite kne jage.....
untuk suami je tw...mesty kene terpelihara...^_^
kdg2 tuh..."ala....rimaslah pakai bju besar2 nie..tdung labuh2 nie awk"!
kalo kene ngn lelaki tegas skit "kalo nak seksi xpew kt dunia nie.....tp kene seksa la kt akhirat kelak"...amacam ??.....awk nk pilih yg mane?...
si fulanah tergamam terdiam terpaku....
"ikhlaskn hati kamu dlm berbuat ibadat...pakaian yg kamu kata rimas,lemas,ntah ape2 ialah pakaian yg dituntut oleh Rasulullah s.a.w kpd kaum hawa...knp kita ditegaskn berpakain cmtuh,kerna kita kan dpndang wanita yg beriman dan bertqwa...hiasi cermin peribadi.....
kadng2 ape yg kite duga sebaliknya...
mnusia pelbagai2 fe'el....
so byk2knlah bersabar dlm membuat ibadah..
kalo perubahan tuh,mne boley buat perubahan yg mendadak...
kayuh slow2....
insyaALLAH terhasil dgn hasil yg ikhlas ngn sempurna...
sume org boley berubah....(^^,)...











KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

JANGAN LUCAHKAN BAJU KURUNG ANDA

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda 

PILIHLAH GAYA DAN FESYEN YANG DIHORMATI DAN DIMULIAKAN

Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan 

PAKAILAH BAJU LABUH KETIKA DILUAR RUMAH

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah 

LEGGINGS KETAT MENCEMAR MARUAH WANITA BERTUDUNG

Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung 

WANITA ISLAM, TOLONG BERHENTI TEMPAH BAJU KURUNG JARANG !


WANITA, TOLONGLAH PAKAI BAJU YANG LABUH MENUTUP PUNGGUNG

Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung 

PAKAI BAJU KURUNG WAJIB PAKAI KAIN DALAM...JANGAN LUPA..!


APA MATLAMAT SEBENAR FESYEN MUSLIMAH ? UNTUK TAYANG KECANTIKAN KE ??

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ?? 

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!! 


Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat

(gambar hiasan)


KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA



1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..



2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?



3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..



4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya?"

Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?



5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Monday, June 6, 2011

Baik Buruk Seorang Wanita ..




Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.

Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)



Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.



Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

wallahua'lam...




PESANAN BUAT WANITA





1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).



2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.



8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.



* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.



Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

wallahua'lam

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).