Monday, April 14, 2014

PANDUAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD



Solat Tahajud



Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud.Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :

1. Tiket ke Syurga

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)


5. Doa Dikabulkan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)


6. Penghapus dosa 

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub,penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)


7. Menewaskan Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.

Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)





Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.

Dalil solat sunat tahajjud

Firman Allah taala dalam surah al-Isra':79
Sabda rasulullah
sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim)

WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD

Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir.


CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD 

1. Niat Lafaz niat ialah


أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.


2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.


3. Pada rakaat Pertama Baca:
Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah. 


4. Pada rakaat kedua baca:
Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah 


5. Membaca doa tahajjud selepas salam


Doa selepas solat sunat tahajud



HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
Mudah melalui hisab dan titian sirat
Menerima buku catatan dengan tangan kanan
Allah mudahkan urusan hidup
Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
Doa dimakbulkan 



Read more: http://www.adibsite.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat- tahajjud.html#ixzz2ynOxbm8i

http://www.kedahlanie.info/2014/02/8-keajaiban-solat-tahajud-yang-umat.html

PANDUAN SOLAT SUNAT HAJAT



Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at. (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.

Apakah sebenar tujuan kita menunaikan solat hajat.

Tujuannya ialah :
Untuk mendekatkan diri kepada Allah
Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
Mengakui kelemah diri


CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT 

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala


2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).


3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas (sebanyak 1 kali atau 11 kali).


4. Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali. 


لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"


Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.


5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud)

HAJAT YANG SESUAI DIPOHON

Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.





PANDUAN SOLAT SUNAT TAUBAT




InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa.


ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:





(Surah At-Tahrim: Ayat 8)

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".



Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya: 





(Surah Az-Zumar: Ayat 53) 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Selanjutnya Allah Ta'ala berfirman:






(Surah Az-Zumar: Ayat 54)

Maksudnya:

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan".

Syarat-syarat taubat : 
Ikhlas ingin bertaubat; 
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi; 
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan; 
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan 
Dikerjakan sebelum ajal tiba. 


Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali (mati)ke hadrat Allah SWT, mungkin seminit lagi, 2 minit lagi .... Mudah-mudahan Allah SWT akan menerima taubat yang dilakukan.

Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga. 


Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa untuk segera bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak menutup Aurat dan sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW). Begitu juga apabila diberikan sakit oleh Allah SWT, maka ianya berkait rapat dengan kematian. Walau bagaimana keadaan pun sakitnya sama ada kritikal atau tidak, marilah bertaubat kepada Allah SWT, jika tidak mampu berdiri maka boleh dikerjakan dengan duduk, atau baring atau dengan isyarat selagi kita masih sempurna akal. Mudah-mudahan segala kesalahan yang telah dilakukan (sama ada secara sedar atau tidak) diterima oleh Allah SWT. Itulah harapan hamba yang beriman.


Begitu jugalah kepada muslimin dan muslimat serta sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah Haji atau Umrah yang amat Mengharapkan Haji Yang Mabrur, maka selalu-selalulah bersolat taubat tanpa mengira waktu untuk menyesali kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan mudah-mudahan akan dipermudahkan pekerjaan Haji dan Umrah yang akan dilakukan, Insyaallah. 


Lihatlah dan bacalah Firman Allah SWT:





(Surah Az-Zumar: Ayat 30)

Maksudnya:

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati".

Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa akibat daripada kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:





(Surah Az-Zumar: Ayat 16)

Maksudnya

"Bagi mereka (yang kufur dan ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"


Dengan mengingati syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang soleh, maka marilah kita membangkitkan keinginan jiwa kita untuk melakukan taubat dengan segera. Firman Allah SWT:







(Surah Az-Zumar: Ayat 73)


Maksudnya:

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .


Oleh itu bersegeralah kita melakukan Solat Sunnat Taubat tanpa melengah-lengahkan masa.

Cara melaksanakan solat taubat : 

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat; 
Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah mengengkari suruhan Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail. 

Lafaz NIAT



أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: . 















: atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.


Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW: 











: atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11 kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala): 




لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Ertinya:
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri 
Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang semampunya, 




أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ إلَيْه 


Ertinya:

Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya. 

Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;



Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.


Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :





Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.



Baca Doa Taubat


Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!




Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang semampunya, 

الْعَظِيمَ سبحان الله

Ertinya:

Maha Suci Allah Yang Maha Agong.


Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):


لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحيـي وَيُمـيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.



- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);

الْعَظِيمِ بِاللَّهِ إِلَّا قُوَّةَ وَلَا حَوْلَ لَا

Ertinya: 

"Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".


- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ 

Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku" 


Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut: 

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،

وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،

أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،


وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya: 

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Nabi SAW telah memberitahu bahawa barangsiapa yang membaca Penghulu Istighfar pada Waktu Zuhur, seandainya dimatikan pada Waktu Asar, nescaya dimasukkan dia ke dalam Syurga Allah SWT, begitulah waktu-waktu selanjutnya.


Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah. Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Wallahua'lam.


SUMBER 

: http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/05/panduan-solat-taubat.html

: http://awekcool.blogspot.com/2012/12/jom-ibadat.html
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).