Sunday, February 5, 2012

♥♥♥ CINTA RASUL ♥♥♥



صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ

يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


Salam Maulid Nabi SAW..Hebat dan mulianya Nabi SAW kita, tetap senyum walau dbenci, tetap tenang bila 

dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila

dikasari, mudah tewas bila usaha tidak menjadi, mudah kecewa bila org lain tidak memahami, mudah terguris 

bila dinasihati. Ayuh sahabatku baiki diri, jadikan yang indah penghias peribadi, kerana qudwah kita adalah 

Nabi SAW, itulah sifat hamba Allah yg hakiki.






BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



USIA 5 TAHUN



• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.



USIA 6 TAHUN



• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN



• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).



• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.



USIA 20 TAHUN



• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.



USIA 25 TAHUN



• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN



• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.



USIA 40 TAHUN



• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.



USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.







Hari Isnin merupakan:


1. Hari Baginda Nabi SAW dilahirkan.
2. Hari Baginda Nabi SAW dilantik menjadi Nabi.
3. Hari Baginda Nabi SAW keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
4. Hari Baginda Nabi SAW tiba di Madinah.
5. Hari Baginda Nabi SAW mengangkat Hajarul Aswad.
6. Hari Baginda Nabi SAW diwafatkan.


Dengan ini dapat kita simpulkan, bahawa fasa kehidupan Baginda Nabi SAW terbahagi kepada 3 fasa utama.

1. Kelahiran Baginda Nabi SAW hingga perlantikan Baginda sebagai Nabi (40tahun)
2. Perlantikan sebagai Nabi hingga Baginda diarah untuk berhijrah (53tahun)
3. Hijrahnya Nabi hingga Baginda SAW diwafatkan (63tahun)

Dan ketiga-tiga fasa kehidupan Baginda yang Mulia ini bermula dan berakhir dengan hari ISNIN! Marilah 


bersama-sama hidupkan hari Isnin esok dengan berpuasa, berselawat dan sentiasa cuba menghidupkan sunnah Baginda disepanjang aktiviti kehidupan kita. Salam Maulidur Rasul صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم untuk semua ummat Muhammad. Hindari kekhilafan, percanggahan dan permusuhan, gantikannya dengan keutamaan kecintaan kepada Baginda Nabi Sayyidul Anam. Moga kita tergolong dalam golongan ummat Muhammad yang mendapat syafaat Baginda kelak. Ameen Ya Rabb..


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).