Friday, May 20, 2011

~~konvokesyen pertama & terakhirku~~

"Istiadat Konvokesyen UiTM adalah satu majlis penganugerahan Doktor Falsafah, Sarjana, Ijazah dan Diploma kepada graduan UiTM setelah memenuhi syarat kelayakan dan diperakui oleh Senat Universiti mengikut tarikh dan masa yang diperkenankan oleh Canselor UiTM."

18 mei 2011~ Walaupun sekali seumur hidup, tapi aku tak dpt gunakan hari tu dgn sepenuhnya..... sangatlah terkilannya.. kalau tau, boleh tidur rumah sewa faz... bleh gunakan masa sepenuhnya... bermesra-mesra dengan kawan-kawan yang mungkin tak kan jumpa lagi..huk3... tapi nak buat macamana... semuanya dah berlalu... lecturer yang paling aku sayang pon aku tak sempat jumpa.... sedeyhh...=(  apa-apa pun.. alhamdulillah..... berjaya.. TAHNIAH PADA RAKAN-RAKAN SEANGKATAN... yang ambik sarjana tu.. belajaq elok-elok na...=)







 























HADIAH YANG PALING BERHARGA BUATKU...


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.




OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Hari guru kali ini menjadi hari istimewa padaku kerana aku kini bergelar guru..hehe.. walaupun semua ni hanya sementara, & aku hanya 'bidan terjun' dalam tugas ni... Anak-anak didikku mengucapkannya padaku.. mungkin ibu bapa mereka yang mengajar mereka untuk mengucapkan 'TERIMA KASIH CIKGU...SELAMAT HARI GURU' kepada guru-guru mereka di Darul Irsyad itu.. sebab bunyinya macam ikut skrip sikit.. hehe.. tp comel..=)

Abid Irsyad memandang ke arahku dengan pndangan..... aku sendiri tak faham apa yang ingin disampaikan dengan pandangan tersebut. Aku memerhati saja tingkah lakunya dari jauh. Dia menyeluk tangannya ke dalam beg. Kemudian, sambil malu-malu mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

Abid Irsyad : "Saya bawak hadiah untuk cikgu,"
Saya         : " ya ka?? terima kasih Irsyad....", sambil menguntum senyum padanya

Sebatang pen pemberian Irsyad dh cukup menyejukkan hatiku.. betapa ingatannya pada guru-guru yang mengajarnya.. budak tadika pun pandai menghargai guru mereka..



Saya         : " kenapa Irsyad bagi hadiah kat cikgu ni?" , tanyaku sengaja menduganya.. saja    nak dengar apa jawapan akan diberinya. Dalam fikiranku, aku cuba meneka jawapannya..mesti nak jawab 'sebab hari ni hari guru!'

Abid Irsyad : " Saya sayang cikgu.." ungkapan itu yang terpacul daripada mulutnya sambil tunduk malu-malu untuk mengucapkannya padaku..

Ya Allah... terharunya aku.. sebuah hadiah kucupan terima kasih, spontan hinggap ke pipi Abid Irsyad sambil aku memeluknya.. malu-malu ja Irsyad sebab drama ni sedang ditonton rakan-rakannya yang lain..(jadi drama hindustan la pulak sat..heheh)

Semua tu dah cukup  buat hatiku girang... semakin bersemangat untuk aku mengajar mereka!! hihi..(^^)


SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU YANG PERNAH MENDIDIKKU MENJADI MANUSIA... TERIMA KASIH CIKGU.. JASAMU DIKENANG..MAY ALLAH BLESS U!!

Friday, May 6, 2011

JANGAN SAMBUT HARI IBU!

ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.



Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.



Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.



Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Bila ianya meyerupai atau ikutan daripada perayaan agama lain... maka hukumnya jatuh HARAM... nauzubillah..

Terjemahan oleh webmaster dari History of  Mothers Day
http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).