Thursday, December 30, 2010

Solat Ekspres! Masyaallah!!


Solat ekspres! Inilah kesilapan yang paling ramai dilakukan. Ramai di kalangan kita yang mengerjakan solat tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap “thuma’ninah”. Malah ada di kalangan imam jema’ah juga tidak menyempurnakan “thuma’ninah” ini. Ini dapat diperhatikan ketika imam berpindah rukun. 

Hal ini jelas kedengaran kerana mikrofon kecil yang disangkut di baju imam membuktikan imam tidak menyempurnakan “thuma’ninah”. Suara imam jelas kedengaran…….ketika imam rukuk, bacaan semasa rukuk senafas sahaja.

Maksudnya bersambungan lafaz "Rabbana lakal-ham-d " dengan "Sami-allahuliman-hamidah". Mana “thuma’ninah”nya? Sebetulnya, bacaan"Allahuakhbar " kemudian, bergerak ke rukun rukuk. Dah betul-betul confirm rukuk atau tenang dalam rukuk (setidak-tidaknya ambillah nafas dulu), barulah kita baca "subha-narabbial-'azim.." (sekurang-kurangnya 3 kali bacaan). Tenangkan diri terlebih dahulu di setiap peralihan rukun sebelum membaca tasbih atau zikir rukun berkenaan.

Bacalah dengan tartil. Jangan baca secara kelam kabut. Tenangkan diri di setiap peralihan rukun.

Susahkah kita hendak menyempurnakan “thuma’ninah” sebegini – solat dengan ‘tenang’?

Bukankah solat itu bermakna kita sedang bermunajat kepada Allah Subhanahuwa Ta’ala?


Berjumpa dengan Allah Subhanahuwa Ta’ala pun secara kelam kabut ke! Masya-Allah …………. Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.” 
(Hadis riwayat Imam Thabrani dan Hakim).

“Thuma’ninah” adalah salah satu rukun sembahyang. Apabila kita tidak mengerjakan rukun solat, maka hukumnya sembahyang kita jadi tidak sah. Solat tanpa “thuma’ninah” tidak akan diterima Allah Ta’ala.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW: Apabila engkau hendak solat, sempurnakanlah wudhuk, kemudian mengadap kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah dari ayat Al-Qur’an mana yang kamu dapat, kemudian rukuklah hingga engkau tenang dalam rukuk lalu bangkitlah dari rukuk (Iktidal) hingga kamu tegak lurus berdiri. Kemudian sujudlah hingga engkau tenang dalam sujud dan bangkitlah dari sujud sehingga engkau tenang dalam duduk antara dua sujud. Kemudian sujud lagi sehingga engkau tenang dalam sujud. Berbuatlah dengan cara yang demikian itu pada semua solatmu.” 
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Perhatikan perkataan ini….."hingga kamu tenang, hingga kamu tenang, hingga kamu tenang."Sebanyak tiga kali Rasulullah SAW mengulanginya. Ini bermakna Rasulullah SAW mengkehendaki kita menitik beratkan thuma’ninah. Ada orang solat, sewaktu angkat takbir, langsung saja baca do’a iftitah. Tidak memerhatikan thuma’ninah. Kalau rukuk, asal rukuk ada kadar sahaja, belum pun confirm rukuknya itu benar-benar berada dalam posisi rukuk, dah mula nak bangun iktidal. Inilah rupa solat orang zaman sekarang!

Perhatikan amaran ini, dari Abu Mas'ud Al-Badri Radhiyallahu 'anhu, bahwa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Solat seseorang itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik ketika rukuk mahupun sujud".
(Hadis riwayat Imam Abu 'Awwanah dan Abu Dawud)

Sewaktu rukuk, pastikan punggung kita benar-benar berada dalam keadaan rukuk, ambil nafas dulu, barulah kita baca bacaan rukuknya. Bacalah secara tertib. Ambil tahu maknanya.

Jangan baca kelam kabut. Baca secara tartil 3 kali tasbihnya dengan 3 kali nafas (sekurang-kurangnya). Sebelum bangun, ambil dulu nafas, baru kita bangun. Itulah maksud Nabi s.a.w "hingga kamu tenang."

"Rasulullah SAW bila rukuk, baginda meluruskan dan membentangkan punggungnya sehingga bila air dituangkan di atas punggung baginda, air tersebut tidak akan bergerak." 
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Abdullah bin Ahmad dan ibnu Majah)

Semasa posisi Rukuk, Kedudukan antara kepala dan punggung hendaklah lurus, kepala tidak mendongak dan tidak pula menunduk ke bawah tetapi tengah-tengah antara kedua keadaan tersebut.

"Rasulullah SAW tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)

Perhatikan hadis ini. "Rasulullah SAW menjadikan rukuk, berdiri setelah rukuk (i’tidal) dan sujudnya, juga duduk antara dua sujud hampir sama lamanya." 
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).


Dan bandingkan pula dengan sembahyang kita. Apakah rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud yang kita lakukan selama ini, sama lamanya? Rukuk kita….tak sampaipun 5 saat. Sujudpun asal cecah dahi sahaja!

Jangan rukuk ala kadar, jangan baca kelam kabut. Ini semua boleh membatalkan sembahyang kita. Begitu juga ketika iktidal. Bangkitlah dari rukuk dengan tenang. Bacalah dengan tertib. Jangan cepat nak sujud. Tenangkanlah diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukun sujud.

Pastikan disertai dengan mengangkat kedua tangan sebagaimana waktu takbiratul ihram. Hal ini berdasarkan keterangan beberapa hadis, di antaranya: Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW apabila berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya sampai setentang kedua bahunya, hal itu dilakukan ketika bertakbir mahu rukuk dan ketika mengangkat kepalanya (bangkit) dari rukuk sambil mengucapkan 
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Malik).

Pastikan iktidal kita benar-benar tegak berdiri sebelum menuju ke rukun sujud. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud:"Kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau berdiri dengan tegak (sehingga tiap-tiap ruas tulang belakangmu kembali pada tempatnya)."

(Dalam riwayat lain disebutkan: "Jika kamu berdiri i'tidal, luruskanlah punggungmu dan tegakkanlah kepalamu sampai ruas tulang punggungmu benar-benar tegak berdiri)."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, dan riwayat lain oleh Imam Ad-Darimi, Hakim dan Ahmad)


Malah Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak sudi melihat orang yang mengerjakan sembahyang yang tidak melakukan “thuma’ninah” ketika i’tidal sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Allah tidak akan melihat sembahyang seorang hamba yang tidak meluruskan tulang rusuknya di antara rukuk dan sujud (yakni iktidal).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani – sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Kabir).

Masya-Allah, apa jadi dengan solat kita sekiranya Allah Subhanahu Wa Ta’ala pun tidak sudi melihat solat kita, sebagaimana maksud hadis ini. Alangkah bodoh dan ruginya kita, selama ini kita mengerjakan solat tidak menitik-berat atau tidak memperdulikan kesempurnaan “thuma’ninah”. Solatlah dengan tenang, dengan menitikberatkan “thuma’ninah”.

Ketika sujud, kita hendaklah benar-benar berada dalam posisi sujud. Tenang dulu, tarik nafas dahulu sebelum membaca "Sub-hanarab-bial-'ak-la..." Bacalah dengan tertib dan tenang. Pastikan dahulu, dahi dan hidung benar-benar menempel di sejadah/tempat sujud. Ramai di kalangan kita, asal dahi cecah tempat sujud, langsung sahaja membacanya.

Malah ada juga yang " Allahuakbar " (ketika hendak sujud) bersambungan dengan bacaan sujud (senafas sahaja). Langsung tidak ada “thuma’ninah”nya. Jangan kelam kabut! Begitu juga ketika beralih rukun kepada duduk antara dua sujud. Hendaklah kita tenang dalam setiap pergerakan rukun. Sekali lagi ditegaskan, jangan sembahyang kelam kabut. Kerana solat secara kelam kabut, boleh membatalkan solat kita.

Mahukah kita termasuk dalam golongan “Sebetulnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati (dengan mengerjakan solat yang sedemikian rupa), maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad SAW.”


Makna Batin Dalam Solat

Menurut Imam Ghazali, makna batin dalam Shalat memiliki banyak ungkapan, namun terangkum dalam enam perkara, yaitu kehadiran hati, taffahum (kefahaman), ta’dzim (rasa hormat),

haibah (rasa takut yang bersumber dari rasa hormat), raja’ (pengharapan), dan haya (rasa malu).

Memastikan Kehadiran hati ketika melakukan apapa gerakkan Maksudnyamengosongkan dan menjaga dialog hati, dari segala sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan amalan yang sedang dikerjakan. Juga pikirannya tidak boleh memantau dari selain perbuatan dan hati, yang sedang terkait dengan amalan.


Strategi Musuh Islam Dalam Menangani Kebangkitan Islam


Strategi Musuh Islam Dalam Menangani Kebangkitan Islam

1. Kenali Diri


- Dari mana ke mana hidup kita?
- Tujuan hidup?
- Apakah akhirat?

2. Kenali Musuh Utama

- Yahudi, Zionis, Kristian, Hindu, Jahiliyyah Moden (merujuk kepada : Tiada ilmu, Kecetekan aqal, mazhab dan ideology – sebagaimana penggunaan dl dalam al-Quran)

- Apakah Protokol 20 Zionis ? ( Protocols Of Zion)

· ( hasil 23 muktamar bermula 1897 – 1951) – Peranan wanita Perancis – Russia ( Prof Sergei Nilus mengkaji dan terjemah thn 1901), target hancur pemimpin negara2 Eropah, Rusia, Islam, tubuh negara Yahudi, mencetus peperangan, penafian Yahudi terhdp kandungan Protokol lalu mereka mengumpul & membakarnya, satu naskah terbitan Rusia sampai ke museum Britain dan di cop tahun 1906 .

· Disertakan lampiran antara 20 protokol Yahudi.


3. Strategi Musuh Islam Semasa

a) Menyeleweng erti kebebasan & persamaan.

- Antara persoalan & Syubhat yang sering dimainkan oleh musuh Islam

- Hak Persamaan wanita & lelaki (Isu saksi hudud & dalam hal harta, kepimpinan tertinggi, pemakaian, harta pusaka, hak Talaq, poligami, muslim boleh kahwin kitabiah tetapi tidak bg muslimah, mengapa wanita tidak boleh kahwin ramai dalam satu masa? dll)

- Hak kebebasan beragama (Kritikan terhadap hukuman Murtad)

- Isu Islam membenarkan perhambaan.

- Tuduhan Islam double standard dgn ke atas non-muslim (Jizyah)

ii) Meruntuh nilai moral dan penyebaran kejelekan akhlak.

iii) Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan.


iv) Merosakkan thaqafah Islam dan sasteranya.(Gerakan tasykik – meragukan maklumat Islam )
- Kononnya Islam disebar dgn mata pedang.
- Tuduhan Rasul dan isteri2 baginda.
- Penyelewengan konsep al-wasatiyah (kesederhanaan)
- Hasil2 Karangan dan penulisan oleh Oreintalis seperti Britannic Encylopedia, Islamic Encylopedia dan byk lagi.

v) Penyebaran perisik di seluruh dunia.

vi) Penyebaran fitnah dan pemberontakan bagi melemahkan kekeuatan negara2.

vii) Penguasaan ke atas media massa

viii) Penguasaan ke atas ekonomi & merosakkan sistem nilai & moral darinya.

ix) Gerakan Komunis

x) Menaja dan menggalakkan peperangan antara negara.

Adakah mereka akan berjaya mereka?

 Al-Isra’ ayat 4-5
 ثم رددنا لكم الكرة عليهم وأمددناكم بأموال وبنين وجعلناكم أكثر نفيرا
*فإذا جاء وعد الآخرة ليسؤوا وجوهكم , وليدخلوا مسجد كما دخلوه أول مرة وليتبروا ما علوا تتبير


4. Kesan serangan musuh Islam terhadap umat Islam kini.


a. Menjadi hamba kepada selain Allah ( Manusia, wang, pangkat, nafsu dll).
b. Kepentingan dan usaha untuk duniawi semata.
c. Kezaliman & penindasan berleluasa.
d. Umat Islam diperintah dalam urusan politik.
e. Tiada pelaksanaan hukum hakam Islam (terutamanya dalam sektor ekonomi, jenayah, pentadbiran)
f. Kebuasan nafsu kebinatangan tersemai subur.
g. Mengutamakan aqal lebih dari nas (Jemu dengan aqidah dan nama Islam).
h. Penakut terhadap musuh Islam dan keras terhadap mukmin yang menasihat.
i. Golongan Pemuda & Pemudi diambang kelalaian hamir maksima.
j. Muncul Ulama Jahat dan Dunia.
k. Perpecahan & pertentangan.

xi) Apakah jatidiri yang sepatutnya dimiliki oleh umat Islam demi menangkis serangan musuhnya?


a. Iman yang mendalam.
b. Aqidah yang teguh.
c. Amalan fardhu dan nawafil yang istiqamah serta terjaga.
d. Maksiat & tawbat
e. Ketekunan dan kerja keras
f. Ta’awun dalam urusan dunia dan akhirat
g. Penguasan ilmu ukhrawi & duniawi (menyerang musuh dengan senjata mereka- ilmu sains& tech)
h. Mengambil manfaat dari semua pihak asal tidak bercanggah dgn syara’.
i. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan.
Sekiranya benar ia adalah kurniaan dari Allah, yang tersilap adalah kelemahan diri dan gangguan syaitan.


Untuk Apa Ada Anak?


Mempunyai anak sendiri adalah salah satu kurnia terindah dalam kehidupan berumah tangga. Rasa bahagia itu akan lebih terasa lagi apabila menunggu saat kelahiran anak tersebut itu sudah terlalu lama.

Anak adalah anugerah Ilahi. Semua pasangan secara fitrahnya sangat mendambakan anugerah dan kurnia ini. Kerana itu, orang tua seharusnya tahu dan menyedari nilai kurnia Allah yang besar ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Mereka yang tidak memahami hakikat nilai ini, mereka akan meremehkan dan mengabaikan kewajiban mereka untuk menjaga dan mendidik anak tersebut.

Tidak semua orang yang berkeluarga mudah dan cepat dapat menimang anak. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini kepada siapa yang Dia inginkan. Kerana itu, pasangan yang telah diizinkan Allah mendapat anak, hendaklah dia menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang paling baik menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. asy-Syura: 49-50).


Kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh syukur dan kasih sayang, kerana ini adalah nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagiakan dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (QS. al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada mengabadikan doa hamba-hamba-Nya yang mampu mewariskan perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (QS. Maryam: 5-6). Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada orang tua apabila kembali kepada Allah.

Seorang ulama pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itu terjadi jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang benar. Hanya anak soleh yang mampu menjadi amalan abadi yang terus mengalir pahalanya untuk kedua orang tua.

Kita sedar bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (QS. Ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang Rabbani. Satu tanggung jawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.


Sehubungan dengan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengawinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an.” (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu juga harus diperhatikan. Itu hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan yang tunduk kepada tuntunan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Berbaktilah kamu kepada kedua ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbakti kepadamu.”

Mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah mengingatkan masalah ini dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu dari api neraka”. (QS. At-Tahrim : 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus cita-cita ibu dan ayah. Mereka harus dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai.

Mari tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik mereka? Betulkah cara yang kita gunakan untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurnia Allah ini akan kita sia-siakan hingga kelak bukannya menjadi tabungan pahala di akhirat, malah sebaliknya?InsyaAllah,saya pun akan jadi seorang ayah suatu hari nanti..Besar tanggungjawab menjadi ketua keluarga...islah diri saya sebelum menjadi seorang ayah...

FULL TIME MUSLIM??


Sudah menjadi suatu perkara biasa di dalam perbualan kita seharian, tua muda seringkali menyebut-nyebut kalimah “Muslim” tetapi amat sedikit pula dikalangan mereka yang benar-benar mengerti dasar maknanya… Disebabkan kerap sangat disebut-sebut orang, hinggakan yang memperkatakan tentang “Muslim” sendiri pun masih mengenalinya secara samar-samar sahaja, apahal pula yang mendengar …Akan tetapi, pengertian “Muslim” secara detail lagi mendalam, golongan cerdik pandai pun tidak kesemuanya yang memahami, apatah lagi orang-orang yang masih jahil.

Sebagai contoh, cuba kita lihat kalimah “al-Islam” dan “al-Muslim”. Kita sering menyebut-nyebut dua kalimah ini, bak kata pepatah sudah menjadi buah mulut kita semua. Akan tetapi ada pula dikalangan orang-orang yang selalu melaung-laungkan dua kalimah ini, mereka sendiri pun nampaknya masih samar-samar di dalam memahami konsep makna keduanya. Apatah lagi yang mendengar, bagaikan jauh panggang dari api !

Andainya angka bilangan orang-orang Islam 95% atau lebih dan semuanya mendakwa bahawa diri mereka Muslimin dan menganggap “al-Islam” sebagai agama mereka namun tidak pula keseluruhannya benar-benar faham apa itu “Muslim”dan apakah dia “Islam”.Maka marilah sekarang kita cuba luangkan masa untuk menyelidiki akan makna dua kalimah tadi.


Apabila kamu lihat kepada akidah dan amalan manusia semua, maka bolehlah kamu kategorikan keadaan mereka itu kepada tiga golongan mengikut kebiasaan :

Golongan pertama :

Iaitu golongan yang menyuarakan dengan lantang bahawa mereka bebas berideologi dengan sebarang ideologi dan bebas membuat sebarang tindakan. Semua amalan dan perbuatan kumpulan ini bersandarkan kepada pemikiran mereka sendiri. Apa yang lahir hasil dari perahan otak mereka,maka itulah merupakan jalan untuk mereka bertindak. Golongan ini jangankan hendak mengikut mana-mana agama, malahan beriman dengan sebarang agama pun tidak …..!

Golongan kedua :

Golongan inilah yang dikatakan beragama secara zahir. Hakikat sebenar mereka ini juga masih berpedomankan idea mereka sendiri. Golongan ini jangankan hendak menjadikan akidah dan syariat sebagai perundangan hidup mereka, malahan mereka mengeksploitasi pula untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka lakukan sekehendak hati mereka, selepas itu mereka cuba mendakwa bahawa apa yang telah mereka lakukan itu sesuai dengan suruhan agama, malahan agamalah yang mengikut telunjuk dan hawa nafsu mereka…!

Golongan ketiga :

Golongan ini termasuklah orang-orang yang tidak lagi mahu menggunakan fikiran, seolah-olah otak mereka sudah beku, tidak lagi dapat berfikir. Golongan ini semata-mata menjadi Pak Turut. Tidak menjadi soal lah samada datuk nenek mereka kah yang mereka ikuti ataupun orang-orang yang semasa dengan mereka.


Golongan pertama tadi bermati-matian memperjuangkan kebebasan, hinggakan tidak tahu lagi landasan yang sebenar. Memang boleh seseorang itu berfikir dengan bebas dengan mengikut landasan atau garisan yang dibolehkan tetapi sekiranya kebebasan yang sampai melewati batasan sudah pasti kebebasan itu bertukar dan membawa kepada kesesatan.

Bagi golongan yang keduasituasi mereka ini lebih buruk jika dibandingkan dengan golongan yang pertama. Andai tadi golongan yang pertama semata-mata sesat, tetapi golongan kedua bukan sekadar mereka sahaja yang sesat, malahan merekalah yang bersikap pembohong munafik pula. Umpama kata pepatah ‘Pepat di luar rencong di dalam’.

Golongan ketiga ialah golongan yang teralu promitif dan pasif dari segi pemikirannya berbanding dengan dua golongan tadi.Kesalahan dua golongan diatas adalah disebabkan mereka membebankan pemikiran mereka melebihi dari kemampuan otak mereka sendiri. Akan tetapi kesalahan golongan ketiga ini pula ialah mereka tidak mahu langsung menggunakan pemikiran mereka, malahan kumpulan ini berfikir atau tidak berfikir adalah sama sahaja.

“Al-Islam” ertinya – tunduk dan taat setia dengan rela. Orang yang dengan rela hati percaya segala suruhan dan larangan Allah swt dialah yang dikatakan seorang muslim.

Dengan pengertian ini, bererti manusia diutuskan ke atas muka bumi ini hanyalah untuk mengikuti segala suruhan Allah dan Rasul-Nya. Manusia tidak boleh hanya berpandukan akal fikiran semata-mata. Semua undang-undang Allah swt tidak boleh diabai-abaikan, umpanya diambil hukum-hakam yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu sahaja dan ditinggalkan mana-mana yang tidak disenangi. Manusia-manusia yang seiring dengan mereka ataupun yag sudah berkubur mereka ikuti,sedangkan Al-Quran dan sunnah Nabi saw mereka ketepikan.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Oleh Hilal Asraf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).