Saturday, February 26, 2011

giant humans, were they real???!!

Sebahagian manusia menganggap penemuan rangka manusia yg mempunyai saiz yg lebih besar melebihi besar saiz manusia sebagai makhluk asing , mereka bukan penduduk asal dunia ini ,mereka berasal dari planet lain .Dakwaan itu benar ! saya tidak menyangkalnya . Mereka bukan penduduk asal dunia ini ,mereka sebenarnya drp surga , mereka juga adalah makhluk asing , kerana pesanan drp tuhan mereka " Bahawa tujuan mereka diutus ke dunia sebagai khalifah ! " dan pesanan drp Rasul mereka " jadikanlah dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja ! " Maksudnya nanti mereka akan pulang ke tempat asalnya iaitu akhirat .

Para pembaca yg budimana , kalau kita rajin baca kitab kita akan menemui keadaan -keadaan sebenar saiz manusia zaman dahulu , seperti yg dikhabarkan kepada kita bahawa saiz Nabi Adam a.s setinggi 60 hasta ,begitu juga Ibu kita Siti Hawa . jadi tidak menjadi kehairanan kepada kita sekiranya terjadinya penemuan -penemuan rangka-rangka manusia yg bersaiz lebih besar dengan saiz manusia zaman sekarang .

Perkara itu sepatutnya dapat menambahkan iman kita kepada Allah bukan semakin mengikis iman kita sehingga wujudnya sangkaan wujud manusia jenis yg lain , mereka berada di planet yg lain iaitu di luar galaksi kita , sehingga sebahagian mereka menganggap mereka itu tuhan atau anak -anak tuhan ataupun dewa -dewa . Sesungguhnya tuhan yg sebenar itu tidak mati ,dia tidak mempunyai anak dia juga tidak menyerupai semua makhluknya . Adalah sangat malang sekiranya kita mempunyai tuhan yg mati , dan mempunyai anak serta sama bentuk fizikal dengan kita. sekian .



LAWAK SERAM!!!!!

Secara tidak sedar kita sedang di "dakwah" oleh mereka tetapi kita tidak sedar ,mereka melazimi simbol-simbol mereka supaya manusia terbiasa dengan keadaan itu . Tujuannya ialah mengurangkan kejutan dan membuka ruang redo secara tidak sedar supaya kemunculannya nanti di terima dan diakui oleh manusia .

Dengan meniru " perhatikanlah alam maka akan kamu lihat tanda-tanda kebesaran Allah ada di mana-mana ,maka pakcik Sam pun meniru metod itu iaitu "tanda Dajjal ada di mana-mana...sesungguhnya dakyah dajjal terlalu berhikmah ...










kisah pentagon di serang hampir serentak dengan serangan ke atas menara berkembar , ada beberapa perkara yg pelik dan lucu dlm katagori seram . Tiada satu pun tempat duduk dan bangkai pesawat didapati di kawasan rempuhan itu , Ditambah pula berduyun-duyun lori pengangkut pasir dan batu datang ke Pentagon dan menimbus kawasan serangan dengan begitu cepat sekali , dan tape rakaman di bangunan berdekatan dengan segera di ambil oleh agen FBI ... mereka cuba menutup persembahan lawak seram mereka dengan cepat sekali ..dan siaran TV di seluruh dunia ditumpukan ke 2 menara berkembar di New York ...



Sunday, February 20, 2011

janji ALLAH..Janganlah Kau Risau Akan Jodohmu....



Jodoh Ketentuan Allah

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.


Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua.... 


Tuesday, February 15, 2011

ERTI MAULIDUR RASUL...


Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam. 

Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. 

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu. 

Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal. 

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati. 

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi. 

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH 

Allah berfirman yg maksudnya: 

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." 

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. 
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud; 

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? 

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi; 
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)." 

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. 

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. 

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. 

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi. 

KISAH PENYUSUAN 

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. 

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi... 

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah. 

NABI YATIM PIATU 

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri." 

IKTIBAR 

  • Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 
  • Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 
  • Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud; 
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi. 
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 
  • Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH; 
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 
  • kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 
  • Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

HARI LAHIRKU TIBA LAGI!!

Sejak minggu lepas lagi, beberapa orang rakan telah mula mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Sehingga kini, notification di page laman sosial(facebook) penuh dengan ucapan untuk hari istimewa saya ini..

Alhamdulillah...Tahun ni harijadiku jatuh pada hari Maulidur Rasul.. Semalam saya dihadiahkan teddy bear oleh kakak saya dan pada tarikh keramat ini tanggal 15 Februari 2011 juga bersamaan 12 Rabiulawal 1432H , abang telah menghadiahkan saya senaskah buku bertajuk "Dont Be Sad" karya Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni. Tiadalah yang dapat menggambarkan betapa terharu dan gembiranya hati saya dengan pemberian ini semua. Terima kasih juga kepada sahabat yang meng'set' di minda anda tarikh keramat ini dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada  saya...syukran..sayang kamu semua!! 


Saya pernah ditanya mengenai hukum menyambut hari lahir miladi. Saya juga ada terbaca beberapa artikel mengenainya. Seingat saya, jawapan standard ialah hukumnya khilaf. Mengikut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitab al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim, beliau berpandangan hukumnya adalah haram. Ini adalah kerana budaya ini adalah budaya agama lain atau barangkali merupakan budaya masyarakat yang tidak beragama.
Ada juga sebahagian ulamak yang mengharuskannya, selagi mana tidak mengamalkan cara sambutan agama lain.
Apa pun, biasanya ucapan selamat hari jadi di kalangan masyarakat Muslim diiringi dengan doa. Mendoakan rakan adalah satu amalan yang mulia. Nabi sendiri sehingga ke saat ajalnya, masih teringat dan mendoakan umatnya. Allah akan memaqbulkan doa kita untuk rakan, dengan cara mengurniakan kandungan doa tersebut kepada kita sebagai yang berdoa terlebih dahulu sebelum dikurniakan kepada yang didoakan. Siapa yang tidak mahu diri mereka didoakan semasa hari jadi?
Setahun tuanya usia kita, bermakna setahun bertambahnya kecerdikan kita, dan setahun dekatnya kita kembali kepada Allah SWT. Sewajarnya sambutan hari jadi perlu dijadikan peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.
Apa pun, bagi saya, tiadalah erti hari lahir buat diri saya, melainkan perlu dikembalikan kepada orang yang melahirkan saya, iaitulah ibu tercinta. Terima kasih mak, kerana 22 tahun yang lepas, mak bersabung nyawa melahirkan saya.Ketahuilah mak, bahawa bukannya saya sebagai yang dilahirkan perlu diraikan, tetapi maklah yang patut diraikan kerana melahirkan saya. Daripada rahim mak, lahirnya tiga orang putera puteri pewaris perjuangan nabi. Dengan berkat pengorbanan mak dan arwah abah, alhamdulillah kami semua telah berjaya. Dan tiadalah hadiah hari lahir yang paling bermakna buat diri saya, melainkan keredhaan mak dalam hidup ini.. Terima kasih mak. Moga ada banyak peluang untuk saya membalas budi mak selagi hayat kita dikandung badan…
Erti hari lahir saya, ialah kepada yang melahirkan, dan yang mengurniakan kelahiran. Alhamdulillah, dan terima kasih mak....

HARAM!! SAMBUT HARI VALENTINE


Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.


Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.




Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.



Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.


1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) versi ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) versi keempat.
Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE




Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.


Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.


Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).