Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai jenis-jenis syaitan. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai nafsu. Tahukah anda nafsu manusia terdapat 7 lapisan kesemuanya iaitu daripada buruk ke baik. Berikut adalah jenis-jenis nafsu tersebut.
Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.
Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.
Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.
Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Maksud firman Allah s.w.t: “Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.” (Surah al-fajr 89: 27-28)
Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah. Firman Allah yang bermaksud: “Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.” (Surah al-Qiyamah 75: 2)
Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su’ – yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “ Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Surah Yusuf 12: 53)
JENIS-JENIS NAFSU
1. AMARAH
2. NAFSU LAWWAMAH
3. MULHAMAH
4. NAFSU MUTMAINAH
5. NAFSU RADHIAH
dunia yang datang kepadanya.
6. NAFSU MARDIAH
7. KAMALIAH
Cara lawan Nafsu
Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:
Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.
Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.
Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).
Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.
Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)
Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.
0 comments:
Post a Comment