Apa itu Air MANI , MAZI & WADI
Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi. Apakah yang dikatakan ketiga-tiga air ni?
Mesti ramai yang keliru atau langsung tidak pernah tahu. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel yang telah saya baca dari sebuah blog dengan rakan-rakan semua.
AIR MANI
- Maksud Air Mani -Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..
- Hukum jika keluar Air Mani - Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib. Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain-main kan kerana tak sah segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.
- Bagaimana Air Mani boleh keluar - Air Mani tidak akan keluar tanpa diberi ransangan pada alat syahwat (alat sulit). Maknanya ianya keluar apabila kita terangsang yang amat sangat.
- Pandangan mahzab terhadap air mani -Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Berkata al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala : Mani jika keluar daripada lelaki maka boleh dikenali dengan tanda-tanda berikut ; i) Air yang putih. ii) Kenyal dan melekit. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. iv) Keluar dengan syahwat. v) Merasa lazat ketika terpancut. vi) Menyebabkan rasa tak bermaya atau lesu. vii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. viii) Bau seperti putih telur. Perhatian : Tidaklah disyaratkan terdapat semua ciri-ciri di atas barulah diwajibkan mandi sebab kadang-kadang ciri-ciri tersebut didapati sebahagian sahaja tetapi memadailah adanya salah satu daripada 3 ciri khusus di atas iaitu ; i) Keluar dengan syahwat. ii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. Hukum mani adalah suci dengan mana-mana sifat sekalipun.. Adapun mazi dan wadi adalah najis yg membatalkan wudhuk tetapi tidak diwajibkan mandi. So bila air mani tu suci waimma dia kering atau basah maka dibolehkan utk dipkai pakaian tsebut utk sembahyang..
Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,cara penyucian bagi air mani: Air mani yang dah kering cukuplah sekadar mengikisnya atau membasuhnya. Dalilnya: hadith riwayat muslim: Aisyah berkata,"Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi saw yang telah kering.Kemudian baginda memakainya untuk solat." Hadith riwayat bukhari dan muslim: Aisyah berkata, "Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi saw.Kemudian baginda memakainya untuk solat.Sedangkan masih basah(baju yang dipakaii Nabi) kesan air basuhan tu pada bajunya." Dalam perkara ini,para ulama berselisih pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau dikikis. Yaang paling rajih,ia perlu dibasuh jika ia masih basah,jika sudah kering memadailah dengan mengikisnya kerana tsabit dari perbuatan Saiditina Aisyah.,berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh al-Daruqutni, "dari Aisyah : Aku mengikis kesan air mani Nabi saw yang telah kering,dan membasuhnya jika masih basah." JIka seseorang terlupa untuk membasuhnya ketika masih basah maka solatnya tetap sah.Kerana terlupa.
AIR MAZI
- Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat (di awal rasa rangsang).Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Ia adalah sejenis najis .Warnanya jernih dan bertali.
- Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.Elok jika tukar seluar dalam anda apabila hendak solat.
- Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan (melihat sesuatu yang boleh mendatangkan ransangan seperti gambar porno, wanita seksi.. dll) banyak lagi sebab kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil. Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis air mazi.
- Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi. Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
- Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang selalu melakukanseks oral. Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa Islam di Malaysia. Diingatkan sekali lagi, air mazi adalah HARAM untuk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi? Fikir-fikirkan la.......
Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,"Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi.Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub.Lalu,aku ceritakan kepada Rasullullah saw.Baginda bersabda: Sebenarnya,memadai hanya engkau berwuduk.Aku bertanya: Ya rasullullah sawbagaimana jika ia terkena pakaianku? Baginda menjawab: Memadai engkau mengambil seceduk air kemudian merenjis pada pakaianmu di mana sahaja kamu lihat ada kesan mazi."
AIR WADI
- Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang selepas buang air kecil (kencing). Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
- Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya air wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dengan mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin solat.
- Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain daripada bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yang panas terik)
Terima kasih, entry yang sangat bernilai
ReplyDeleteTerima kasih byk2 kak... Alhamdulillah skrg dah labih jelas pada sy :) Kak, sy mintak izin copy paste dkt laptop ya... Buat peringatan diri dan jgk utk org lain :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteyg dimasukkan dgn 3 ciri khas yg salah satunya ada dan perlu mandi wajib yg pertama tu maksudnye keluar dengan kemuncak syahwat kn?
ReplyDelete