Detik-detik berlalu semakin mendewasa dan menyedarkanku betapa besarnya kuasaMu YA ALLAH.....
Liku-liku hidup bermula...
Peninggalan ayahanda tercinta telah mengajarku erti kesusahan, kepayahan, tanggungjawab, berdikari, kuat, berani & segala-galanya. Di umurku kira-kira 9 tahun, ayahanda meninggalkan kami sekeluarga menemui Pencipta Yang Esa akibat penyakit barah hati. Aku sedih mengingati saat itu. Ketika abah dalam keadaan nazak, aku yang menemani ibuku ke hospital setiap hari menjaga abah. Kami pergi dengan menaiki bas. Agak payah... kerana sebelum ini kemana-mana sahaja hanya dengan driver atau abah. Inilah cara ALLAH menguji kami... Aku bersyukur, walaupun aku masih kanak-kanak ketika itu, aku sudah dapat menjaga abah, memandikan abah, mencuci najis abah... aku sempat merasai semua itu.. Belum pun sempat aku mengenali & mendapat kasih sayang abah sepenuhnya... Apakan daya... ALLAH lebih sayangkannya.... Abah meninggalkan kami pada 23 Mei 1998.....
Setelah usiaku menjangkau 11 tahun, ibuku pula dikejarkan ke hospital dan ditahan diwad untuk beberapa lama . Persekolahan aku terganggu dan tertangguh ketika itu kerana perlu menjaga ibuku di wad bersama kakak tunggalku.... Aku sangat berterima kasih kepada guru-guruku (SKSKL 1996-2001) yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikanku ketikaku terawang-awang mencari pertolongan. Guru-guruku terlalu memahami.... Maklumlah.. daripada kehidupan yang senang lenang , aku terus jatuh. Aku bangun dengan kekuatan yang aku sendiri tidak tahu mana asalnya.... Aku sangat terharu dengan kebaikan kalian..... Ibu ayah rakan-rakan juga sentiasa membantuku.. Terima kasih..... Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Alhamdulillah dengan didikan & sokongan kalian aku berjaya dalam peperiksaan UPSR ketika itu.. Tapi aku kecewa . Aku tidak dapat menjadi yang cemerlang walaupun aku antara pelajar harapan 5A. Aku hanya mendapat 4A 1B... maafkan aku... aku memusnahkan harapan guru-guruku..maafkan saya cikgu...
mengungkit kembali kisah silam...
Diceritakan oleh ibu ketika umurku 3 bulan aku telah dibedah akibat ususku yang tersimpul. Pembedahan tersebut hanya melepaskan kusut pada ususku. Kejadian yang sama berulang ketikaku berusia 4 tahun. Dan kali ini ususku dipotong dibahagian simpulan itu... Zaman kanak-kanakku tidak seperti kanak-kanak lain.. Semua ini hanya diceritakan oleh ibu.. untuk aku mengingat sendiri semua ini aku tidak mampu... Aku mengaku, ingatanku semakin lemah. mungkin juga akibat 'daya tarikan' sawan yang pernah dilalui ketika aku hampir mengambil peperiksaan besar, SPM. Walaupun begitu, syukur pada ALLAH aku berjaya dalam peperiksaan tersebut.
Setelah aku merangkul kejayaan itu, keinginanku untuk menyambung pelajaranku membuak-buak. Aku ditawarkan dengan pelbagai tawaran sambung belajar yang sesuai dengan bidangku. Hati melonjak kegembiaraan yang tak terungkap! Pakaian dikemas, kelengkapan untuk melanjutkan pelajaran aku sediakan. Tiba-tiba, dalam kesibukan & keterujaanku itu, abangku menghampiriku.... "Adik, hang pikiaq habih dah ka? nanti sapa nk tengok-tengok mak." Terus aku hentikan semua aktiviti mengemas ketika itu. Betul juga. Kakakku sedang sibuk menghabiskan pelajarannya. Abangku bekerja. Mak? dengan serta mertanya aku membatalkan niatkan untuk menyambung pelajaranku ketika itu.
Mula mencari pekerjaan halal....
Alhamdulillah, aku diterima bekerja di kedai dobi. Setiap hari aku mengayuh basikal ke tempa kerja. Rutin harianku sama saja pada waktu itu. Sehinggalah aku mendapat tawaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidangku iaitu Diploma Kejuruteraan Awam di Kampus Arau Perlis. Dan pada masa yang sama, kakakku sudah menamatkan pengajiannya... ALLAH MAHA KUASA.. sangat cantik sekali aturan kehidupanku olehNYA. Syukur Ya ALLAH................. Aku menyambung pelajaranku.........
Sejak disana.... dalam aku gigih melayari bahtera sebagai mahasiswi, aku ter'sangkut' dengan seorang jejaka.... jejaka hebat yang mampu meruntun jiwaku. Bukan jejaka UiTM, tetapi jejaka dari sebuah institut di Terengganu.. Bagaimana??? Melalui chatting, sms, 'calling2'.... Pada aku jejaka tersebut sangat hebat kerana berjaya mengubah hatiku yang seperti batu ini. Dia berjaya menyedarkan aku tentang aurat. "Jangan permudahkan aurat." masih terngiang-ngiang bicaranya ditelingaku.. Perkenalan yang singkat itu telah membawanya merancang masa depan kami. Katanya, " tak elok kawan lama-lama tanpa ikatan ni...abang dah rancang masa depan kita.... lepas habis diploma ni kita langsung"
(0.0!) GULPPPPP!
tidakkkkkkkk....... aku nak sambung belajaq lagi!!!! tekezut haih buat lagu ni! tekeluaq jantung cek! ( bisik dalam hati kecilku!)
tidakkkkkkkk....... aku nak sambung belajaq lagi!!!! tekezut haih buat lagu ni! tekeluaq jantung cek! ( bisik dalam hati kecilku!)
Aku mula tak senang duduk. Dia macam ada disebelahku. Dia macam tau gerak geri aku. Dia 'iqrob' aku ka?? TAKOT haih! hari-hari call tanya solat (yang ni xpa), tanya resepi (saja nk uji la tu reti masak ka dak~~), tanya bab-bab agama (nak tau tahap kefahaman aku la tu~~), rancang yang tu yang ni untuk pernikahan kami nanti.
ish3, aku betul-betul dalam dilema pada waktu itu... hati nak sambung pengajianku lagi.... DAN... Tak habis nak 'enjoy' lagi (yang tu yang sebenaqnya....=D),
macam-macam yang aku fikirkan.... agak terganggu pelajaranku saat itu. Akhirnya, aku membuat keputusan... aku seboleh-bolehnya membuat pelbagai helah untuk dia membenci diriku dan hubungan kami terputus disitu......walaupun berat, aku terpaksa melepaskannya..... demi cita-citaku.... TAMMAT............
ish3, aku betul-betul dalam dilema pada waktu itu... hati nak sambung pengajianku lagi.... DAN... Tak habis nak 'enjoy' lagi (yang tu yang sebenaqnya....=D),
macam-macam yang aku fikirkan.... agak terganggu pelajaranku saat itu. Akhirnya, aku membuat keputusan... aku seboleh-bolehnya membuat pelbagai helah untuk dia membenci diriku dan hubungan kami terputus disitu......walaupun berat, aku terpaksa melepaskannya..... demi cita-citaku.... TAMMAT............
Selepas pemergiaannya dari hidupku baruku sedar bertapa berdosanya aku... aku lunyaikan hatinya yang hampir mekar saat itu...... aku mula merindui nasihatnya yang dulu aku sangat 'cemuih dengaq'. Maafkan Nurul, Faid.... Kalaulah Nurul tak ikutkan hati, berfikir dengan rasionalnya saat tu... hubungan kita pasti dapat diselamatkan.... kalau itu perjalanannya...mungkin kita dah nikah........(jodoh pertemuan ditangan ALLAH...)
i will miss u till the end of my life
kini aku mencari penggantinya... untuk sama-sama mengemudi bahtera rumahtangga.... moga ALLAH permudahkan... aminn...
kini aku mencari penggantinya... untuk sama-sama mengemudi bahtera rumahtangga.... moga ALLAH permudahkan... aminn...
Setelah 3 tahun, aku pulang membawa kejayaan dengan meraih diplomaku... niat dihati untuk menyambung lagi pengajianku ke peringkat sarjana terpaksa dikuburkan. Aku terpaksa akur untuk kesekian kalinya lagi. Hanya melambai rakan-rakanku yang lain pergi ke menara gading impian mereka... untuk memberi laluan kepada abangku menyambung pelajarannya ke University of Wellington,New Zealand...
Aku.....
bekerja sebentar sebagai ' pump attendant' di stesen miyak Shell,
dan kemudian beralih sebagai guru tadika,
dan kemudian beralih sebagai guru tadika,
dan sekarang bekerja di Longtitude Management & Consultancy sebagai pembantu pegawai akaun... ALHAMDULILLAH....
bersambung...............
* cerita ini bukan rekaan semata-mata, ianya untuk tatapan & pengubat rindu anak cucuku nanti........ =)