Thursday, May 23, 2013

Filled Under:

ABAH.... he's my hero...



Genap 15 tahun berlalu pemergian abah...tanggal 23 Mei 1998.... setelah berbulan-bulan abah keluar masuk hospital, hari tu abah balik & sangat nazak.. abah panggil anak-anak berkumpul...

Sayu hati bila kenang saat tu.... aku yang masih dahagakan kasih seorang bapa telah disentap nikmat itu sekelip mata.... 23 Mei 1998 perginya abah menghadap Ilahi... aku yang masih mentah masa tu pun tak dapat menahan hiba bila melihat nafas abah sudah terhenti... apatah lagi mak....

Allah lebih menyayanginya... Hanya redha dengan pemergiannya menjadi formula kekuatan kami sekeluarga terutamanya ibuku....

Kami melayari kehidupan bersama dengan 1001 dugaan... semua itu semakin mematangkan & mendewasakan kami sekeluarga... kehilangan insan tercinta ini salah satu faktor menjadikan aku seorang yang berani & mungkin sedikit kasar =) Ianya mungkin kerana 'mind set' aku mengatakan aku perlu mempertahankan diri aku sendiri jika 'diserang' walaupun hanya dicuit kerana tiada lagi pelindungku... Aku beranggapan dengan bersikap sebegitu , tiada siapa berani 'pijak kepala' . Sikap itu mungkin masih terbawa-bawa hingga dewasa kini. 

Bila diimbas kembali, sebaknya ALLAH saja yang tau. tak banyak kenangan aku dengan abah..
"Dato' Sheikh Mohd Yusoff bin Haji Ismail telah kembali kerahmatullah pada tanggal 23 Mei 1998 kira-kira jam 5 petang....."

ayat yang aku takkan lupa.... keratan akhbar Majlis Agama Islam Negeri Kedah 1998. Masa tu aku darjah 3.. abah sebagai Yg Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah.. 

                                                          

arwah abah  sangat suka membaca, mengambil tahu hal dunia semasa & agama, jarang marah & tak banyak bercakap...tapi satu ja, kalau time berita dunia, kalo terbising sikit saja, memang kena marah.. bila abah buka mulut marah... huisshh.....  taaakoott..... sebab abah jenis pendiam &  jarang marah...

Semoga roh abah  ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman . Al-Fatihah ....











godek - godek tadi terjumpa website MAIK ni & paste ke sini untuk tatapan anak cucu aku nanti...


anak-anak..cucu-cucu... Tokwan dulu merupakan mantan Yang Dipertua MAIK yang ke-7... cuba cari yang mana satu tokwan.. =)
MANTAN YANG DIPERTUA MAIK
Allahyarham Syeikh Wan Sulaiman Bin Wan Sidik
Syeikhul Islam dan Yang Dipertua MAIK


Allahyarham Dato’ Syeikh Ismail Bin Haji Salleh
Yang DiPertua MAIK


Allahyarham Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Abdul Latif
Yang Dipertua MAIK


 
Allahyarham Dato' Syeikh Abdul Halim Bin Othman
Yang Dipertua MAIK


 
Dato’ Paduka Syeikh Abd Majid Bin Mohd Noor ( Dato’ Mursyid Diraja )
Yang Dipertua MAIK


 
Allahyarham Dato’ Syeikh Othman Bin Haji Ibrahim
Yang Dipertua MAIK


 
Allahyarham Dato’ Syeikh Mohd Yusuf Bin Haji Ismail ( Dato’ Jaya Perkasa)
Yang Dipertua MAIK

 YUP, YANG DI HIGHLIGHT KAT ATAS NI (^^,)

 
Dato’ Syeikh Abd Halim Bin Dato' Abd Rahman
Yang Dipertua MAIK


 
Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh
Yang Dipertua MAIK


 
Dato’ Syeikh Kasim Bin Haji Saad
Yang Dipertua MAIK


 
Dato’ Syeikh Uzir Bin Haji Baharom
Yang Dipertua MAIK

1 comments:

  1. Sands Casino Online | $1000 Welcome Bonus | SEGA
    Join and start winning on 온카지노 our exhilarating online casino game with SEGA 카지노사이트 Play! Sign up today 샌즈카지노 for access to great benefits and offers!

    ReplyDelete

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).