Thursday, August 4, 2011

Filled Under:

HAI!



Hari Hiburan Islam Kelantan 30 Julai 2011
sayangnya saya tak berkesempatan untuk kesana... tapi kita ikuti cerita WARDINA SAFIYYAH anatara hos jemputan program tersebut...:)



Ianya bermula dengan jemputan ke Kelantan melalui email - untuk hadir ke Program Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang pernah dihadiri saya sehingga mencetus kontroversi suatu ketika dahulu  - Ya tepat sekali "Artis TIDAK BOLEH dijadikan IKON" - Kali ini dijangka menggabungkan Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Hasrizal, Sham dan Amin Idris selaku moderator  di satu pentas yang sama  dengan saya... Ustaz Hasrizal menggelar kami "trouble maker 2011". Tersenyum saya sendiri.

Seorang wanita? Bersama IKON hebat ini? Oh tidaklah saya layak sama sekali...menolaknya? Tidak mungkin saya lepaskan peluang ini untuk menimba pengalaman - ianya satu penghormatan yang amat besar buat diri yang serba kerdil ini...

Saya tiba sehari awal untuk  program khusus yang dipinta oleh saya sendiri- saya meminta supaya dianjurkan pertemuan bersama ibu bapa muda di KElantan - terlalu banyak yang ingin dikongsikan. DIbawa ketiga-tiga permata hati bersama saya kali ini. Esoknya satu lagi program diatur bersama dengan Nisa' dan remaja2 serta wanita Kelantan. :) Kita berbicara mengenai  definasi "cantik" yang realitnya tidak berapa cantik.
Malam 30 Julai adalah malam kemuncak - tibalah saat yang ditunggu-tunggu... dan tiba-tiba entah dari mana kepala saya diserang 'migrane' yang amat perit sekali. Hampir pitam saya dibuatnya, namun saya gagahkan diri melangkah keluar. Kepala saya seperti ada yang mengetuk gong didalamnya....GONG! GONG! GONG! Aduh... ditelan panadol dengan harapan ianya hilang! Allah, masih kekal.... terlalu penat mungkin... melayan karenah anak-anak dan 2 program sebelum ini membuatkan saya agak keletihan.. baru ingin dilelapkan mata, ada suara yang memanggil "Ummi!, bangunlaaah" Aduh... diseretnya diri keluar dari katil hotel yang empuk itu. Oh Anakku.... :)

Saya cuba gagahkan diri... tiba di Balai ISlam,melihat pentas yang dihias GAH... saya tak sangka begini hebat perancangan kali ini. Tiada lagi bayangan di KB MAll..... ini..fikir saya "satu petanda dan fenomena yang baru!" "Hiburan Islam diberi satu nafas baru yang cukup membanggakan" "This is what we want!"

Saya naik ke pentas hampir longlai..wajah saya sebetulnya pucat lesu.. minda tidak berapa boleh menumpukan perhatian...namun saya cukup teharu dengan kehadiran pada malam itu. PENUH satu dewan! MasyaAllah....Tanpa wanita seksi, tanpa perkara lagha... tanpa hebahan media.... Inilah dia semangat baru....! Berhimpun semua atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam... MasyaAllah..indahnya perasaan ini... Dewan diselubungi semangat mahukan perubahan! Perubahan pada erti HIBURAN itu sendiri- Sudah terlalu lama anak2 muda Malaysia dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka...

Bukan saja perubahan dari bagaimana erti 'hiburan' disampaikan tetapi bagaimana para alim Ulama' dan para Ustaz sendiri memberi definisi kepada hiburan - perbezaan pendapat kita menilai 'hiburan, seni dan muzik'  tidak seharusnya dipaksa ke atas sesiapapun. Kita pilihlah pandangan yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam hidup , hiburan yang sama sekali tidak menggalkkan kemaksiatan, yang masih dibatasi adab Islam.

Kiblat dari Barat boleh dibungkuskan dalam suratkhabar lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika. Alhamdulillah dengan usaha dan kesungguhan ini.  YB Baihaqi dan Ustaz Saifuddin, Nik dan Hajar serta semua yang bersama saya, terima kasih atas keramahan dan layanan yang sungguh istimewa. Rakyat Kelantan, anda cukup bertuah! Saya merasakan keikhlasan  terpancar keluar dari setiap sudut baik dari penganjur, ahli panel dan moderator, baik dari penonton juga  kesemua krew yang bertugas..ianya  tidak boleh DIJUAL BELI. Ya.. mungkin ada yang tercabar dan cuba meniru yang seakan sama. Namun tanpa niat yang ikhlas...ianya tidak mungkin dapat meninggalkan kesan yang serupa.

Terkilan juga tidak dapat mempamerkan persembahan 'istimewa' bersama Amna. Kami mahu mengaji bersama... antara surah kegemaran kami iaitu Surah Buruj dan Insyiqaq...Ya antara hiburan kami anatranya ialah mengaji bersama. Ya ketenangan yang saya dapat daripada Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya!

Allahuakbar! Selepas program tersebut saya pulang dengan seribu satu azam dan mahu mencipta peluang yang baru buat diri...Terima  Kasih daun keladi tahun depan buat lagi! :)

-Wardina Safiyyah-









Sebelum ini orang ramai tidak pernah disajikan dengan program hiburan berkonsep Islam, sehingga generasi muda lebih terdedah kepada hiburan diimport dari barat.
Kesannya budaya hiburan dimanifestasikan dalam kehidupan rakyat Malaysia lebih terarah kepada unsur-unsur negetif.
Menyedari kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu berusaha merintis hiburan berkonsep Islam untuk dihidangkan kepada rakyat.
Pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan hiburan berkonsep baru yang lebih mementingkan nilai timur dan agama.
Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda.
Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam.
”Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini.
”Dan menjelang Ramadan ini program tayangan filem Dalam Mihrab Cinta dan Bicara Selebriti pula akan diadakan di Balai Islam Lundang,” katanya di sini.
Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta akan diadakan pada jam 9 pada 29 Julai ini.
Manakala malam keesokannya pula program Bicara Selebriti bertajuk ”Indahnya HidayahMU” akan menampilkan pensyarah USM, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil.

Amin Idris iaitu selebriti TV Al-Hijrah akan bertindak sebagai moderator.

Program berkenaan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Quds Travel Sdn Bhd.

Ahmad Baihaki yang Adun Pasir Tumbuh berkata, program berkenaan dilihat berupaya memberi ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati generasi muda dengan Allah SWT.http://greenboc.blogspot.com/2011/07/kelantan-dahului-perkenal-hari-hiburan.html













0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).