Monday, April 14, 2014

Filled Under:

PANDUAN SOLAT SUNAT HAJAT



Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at. (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.

Apakah sebenar tujuan kita menunaikan solat hajat.

Tujuannya ialah :
Untuk mendekatkan diri kepada Allah
Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
Mengakui kelemah diri


CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT 

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala


2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).


3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas (sebanyak 1 kali atau 11 kali).


4. Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali. 


لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"


Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.


5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud)

HAJAT YANG SESUAI DIPOHON

Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.





0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).