Tuesday, February 15, 2011

Filled Under:

ERTI MAULIDUR RASUL...


Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam. 

Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. 

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu. 

Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal. 

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati. 

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi. 

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH 

Allah berfirman yg maksudnya: 

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." 

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. 
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud; 

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? 

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi; 
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)." 

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. 

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. 

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. 

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi. 

KISAH PENYUSUAN 

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. 

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi... 

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah. 

NABI YATIM PIATU 

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri." 

IKTIBAR 

  • Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 
  • Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 
  • Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud; 
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi. 
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 
  • Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH; 
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 
  • kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 
  • Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).