Salam.. Posting kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang bukan islam yang mendapat hidayah untuk menerima Islam sebagai cara hidup dan kemudian istiqamah meneruskan perjuangan Rasullullah SAW untuk berdakwah dan juga membuktikan jika Allah mengkehendaki dan memberikan hidayahNYA kepada hamba2NYA yang dipilih yang mustahil pada pandangan kasar kita tetapi tiada yang mustahil bagi Allah..Saya sangat mengagumi Ustaz Farid Ravi Abdullah kerana sebaik sahaja memeluk islam beliau begitu bersungguh2 mendalami agama Islam dan akhirnya berjaya menjadi antara penceramah yang sangat disegani kerana mampu menghafaz Al-Quran, memahami bacaan Al-Quran dan mempraktikkan ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi SAW dengan penuh istiqamah dan kini menyampaikan pula ilmu itu kepada orang-orang islam yg lain (agak malu kerana saya sendiri sebagai seorang muslim yg dilahirkan sebagai islam belum mampu menjadi sepertinya..sangat-sangat kagum akan keperibadian beliau..)
Mari kita sama-sama berkenalan dengan insan yang hebat ini..
USTAZ MOHD FARID RAVI ABDULLAH
Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdul lah adalah saudara baru per tama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke bangsaan ke-51 yang lalu. Be liau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Ma laysia.
Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Islam pada 20hb November 1989.
Menceritakan kisah pengislamannya, menurut Farid beliau amat terhutang budi dengan keluarga angkatnya iaitu keluarga Tuan Haji Hashim (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Hajjah Saerah dari Kg. Tan jung Sg Choh.
"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Dorongan dan galakan yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat. Mereka telah memberi layanan yang baik kepa da saya Seolah-olah saya anak mereka sendiri.
"Sungguh mengharukan lagi selain dilayan baik saya juga pernah tidur bersama keluarga ini semasa saya kecil," ujarnya mengenang kembali detik beliau mula mengenali Islam.
Beliau sebenarnya telah tertarik dengan agama Islam semenjak berusia sepuluh tahun lagi. Ketika di bangku sekolah apabila tiba waktu pendidikan Islam, beliau lebih berminat mengikuti nya berbanding mengikut kawan-kawan seagamanya.
"Saya akan masuk kelas agama kerana tertarik dengan cara penyampaian ustazah," kata Farid
"Semenjak kecil lagi saya suka mendengar lagu irama padang pasir terutamanya nasyid sehinggakan ibu mema rahi saya kerana suka mendengar lagu tersebut," ujarnya gembira.
Cabaran dan Perjuangan
Farid mengakui, kawan-kawan juga mempunyai jasa yang besar mendorongnya tertarik kepada agama Islam, teru tama sahabatnya Hisyam bin Basri yang banyak membimbing beliau ke arah Islam. Berkat bimbingan tersebut, ketika berusia 11 tahun beliau berjaya memba ca surah Al-Fatihah clan menjawab Azan. Ketika beliau berusia 18 tahun, hatinya se makin memberontak dan akhirnya di ha dapan Ustaz Kadir Chong beliau melafaz kan dua kalimah syahadah di ibu pejabat PERKIM Kuala Lumpur .
Dalam usaha mencapai kejayaan seperti yang dinikmati hari ini, pastinya banyak rintangan yang terpaksa ditem puh.
Tentangan keluarga adalah halangan yang paling besar dalam hidupnya. Beliau telah kematian ayah semasa berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya. Ke hidupan tidak berayah menjadikan beliau matang menghadapi kesusahan hidup.
Sebagai keluarga yang memeluk agama Kristian, mengunjungi gereja adalah satu kernestian. Masih bermain di ingatannya ketika kecil beliau telah dipaksa minum air 'Holy Water' dan kemudian dipaksa menyebut satu perkataan. Tetapi beliau enggan dan membantah.
Beliau juga telah diancam oleh saudaranya untuk memutuskan hubungan kekeluargaan jika dia memeluk agama Islam. Dihalau dan diancam untuk dipukul adalah perkara. biasa. Keluarganya juga mengatakan tindakannya memeluk Islam akan mencemarkan nama baik keluarga.
Namun segala halangan ini tidak me matahkan semangat Farid. Perjuangan tetap diteruskan.
"Terlalu banyak sebenarnya halangan untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup. Namun Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang pada hambanya sekiranya bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang Allah SWT limpahkan"
jadi.. kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim mengapa tidak mengikut landasan yang ditetapkan oleh ALLAH s.w.t?? kenapa kita mengikut nafsu, melanggar syariatNYA yang sungguh indah itu?? sedangkan saudara baru kita lebih baik amalannya?? tidak malukah kita terutamanya dengan pencipta kita ALLAH RABBUL IZZATI??kembali muhasabh diri kita..
bersyukurlah kpd sesiapa yg mendapat hidayah Allah. bertafakurlah kpd sesiapa yg merasa telah mendapat hidayah tetapi sebenarnya hanyut oleh arus duniawi...
ReplyDeletebtol KboTT..=)
ReplyDelete