Tuesday, March 15, 2011

Filled Under:

Disiplin Jepun Yang Sangat WINRAR

Respect! respect! Respect. Ini ialah benda yang dikagumi kepada orang Jepun. Disiplin mereka sangat menakjubkan. Walaupun selepas mengalami bencana alam yang super hebat disiplin mereka masih utuh. Mereka beratur secara tertib walaupun bekalan makanan dan minuman adalah terhad. Tiada kejadian pergaduhan berebut supply. Tiada kes kecurian dan tiada berbunuhan. Bandingkan dengan keadaan yang sama selepas bencana di Bangladesh, Somalia , Haiti dan New Orleans. Jauh bezanya.

Inilah hallmark of a real developed nation. Walaupun dalam keadaan begini, rakyat masih mengekalkan disiplin yang sudah disemai dari kecil lagi. Melihat betapa disiplinnya orang Jepun membuatkan kita patut malu dengan Malaysia. Di Malaysia belum bencana alam dah ada yang memotong barisan di supermarket, plaza tol dan highway. Masa musim perayaan potong kiri ikut emergency lane. Kalau esok lusa datang musibah besar di Malaysia adakah kita mampukan menjadi sedisiplin warga Jepun? Very orderly and calm. Ntah bila Malaysia akan jadi macam mereka?



bangun umat islam.. bukankah Rasulullah yang mengajar kita dahulu erti sabar?? sepatutnya kita dicontohi..



0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).