Thursday, July 28, 2011

hairan ya???

Hairan ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma surau..
tapi.. Begitu kecil bila kita bawa ke supermarket...



Hairan ya..
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir..
tapi.. Betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak...


Hairan ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid..
Tapi.. betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton televisyen,wayangdi pawagam dan melayan youtube..



Hairan ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atausolat...
Tapi.. Betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemukawan-kawan atau kekasih hati..




Hairan ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandinganpasukan bola jadi kegemaran kita..
Tapi.. Betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang...




Hairan ya..
Susah sangat baca Al-Quran 1 juz sahaja..
Tapi..Majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habisdihadam...




Hairan ya..
Orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola ataukonsert.. 
Dan.. berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar...


 
Hairan ya..
Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan ke dalam agenda kita..
Tetapi.. untuk acara lain seperti menonton wayang.. annual dinneratau high tea.. Jadual kita boleh diubah sekelip mata...




Hairan ya..
Sukarnya orang mengajak menyebarkan dakwah..
Tapi.. Mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip..


Hairan ya..
Kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet..
Tapi.. Kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.



Hairan ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harusberiman,berfikirberbicara ataupun melakukan apa-apa...



Hairan ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email..
Tapi.. Bila mengirim sesuatu yang berkaitan dengan ibadah seringkaliberfikir dua-tiga-kali..




JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHAIRANAN TERSEBUT..





 “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)” 
(Surah Al-Ahzab : Ayat 41)


“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mumin bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan).” 
(Surah Al-Ahzab : Ayat 47 – 48 )

Selamat beramal.. =)

9 Sebab Hati Tidak Bahagia...



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hatiialah :


  • Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

  • Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

  • Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


  • Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. Sebagai contoh : derma.


  • Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


  • Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..Contohnya, waktu kerja banyak.. tetapi tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja. =) )


  • Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

  • Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada.


  • Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 


Kesimpulan 

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan sebagainya. tetapi ialah MAZMUMMAH. 

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.. Oleh itu, sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. 

Selamat Beramal.. Wallahualam.. =)
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).