Hairan ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma surau..
tapi.. Begitu kecil bila kita bawa ke supermarket...
Hairan ya..
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir..
tapi.. Betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak...
Hairan ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid..
Tapi.. betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton televisyen,wayangdi pawagam dan melayan youtube..
Hairan ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atausolat...
Tapi.. Betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemukawan-kawan atau kekasih hati..
Hairan ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandinganpasukan bola jadi kegemaran kita..
Tapi.. Betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang...
Hairan ya..
Susah sangat baca Al-Quran 1 juz sahaja..
Tapi..Majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habisdihadam...
Hairan ya..
Orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola ataukonsert..
Dan.. berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar...
Hairan ya..
Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan ke dalam agenda kita..
Tetapi.. untuk acara lain seperti menonton wayang.. annual dinneratau high tea.. Jadual kita boleh diubah sekelip mata...
Hairan ya..
Sukarnya orang mengajak menyebarkan dakwah..
Tapi.. Mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip..
Hairan ya..
Kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet..
Tapi.. Kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Hairan ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harusberiman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa...
Hairan ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email..
Tapi.. Bila mengirim sesuatu yang berkaitan dengan ibadah seringkaliberfikir dua-tiga-kali..
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHAIRANAN TERSEBUT..
“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)”
(Surah Al-Ahzab : Ayat 41)
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mumin bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan).”
(Surah Al-Ahzab : Ayat 47 – 48 )
Selamat beramal.. =)
0 comments:
Post a Comment