Salam sahabat-sahabat sekalian..
Kali ini saya nak share sesuatu tentang Al-Quran.
Al-Quran yang saya maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthmani...
Seperti yang kita tahu..
Al-Quran Rasm Uthmani mengandungi 30 Juzu'..
Dan setiap 1 Juzu' mengandungi 20 muka surat..
Dan setiap muka surat ada 15 baris ayat..
Tak percaya??
Boleh semak Al-Quran anda sekarang..=)
Tapi hari ini saya nak kongsikan sesuatu..
Kadang-kadang..
Kalau kita nak cari muka surat untuk Surah dalam Al-Quran..
Boleh lihat dalam indeks kat muka surat belakang Al-Quran kan?
Tapi muka surat untuk setiap Juzu' dari Juzu' 1 hingga Juzu' 30 tiada kan?
Kebiasaanya..
Kita baca mengikut Juzu' ini bila kita nak tadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan..
Tapi tadarus selain bulan Ramadhan pun boleh.. Lagi digalakkan.. =)
saya telah jumpa satu kemudahan untuk kita cari muka surat bagi setiap Juzu' yang kita ingin baca...
Dengan lafaz Bismillah..
Kaedah Ringkas Mengenal Pasti Muka Surat Setiap Awal Juzuk.
Formulanya seperti:
(x-1) 2+2
x = adalah juzu' yang ingin kita cari muka suratnya...
Sekali pandang macam rumus algebra pula kan?? =)
Cara-caranya.
- Letakkan nilai x untuk Juzu' yang ingin kita cari.
- Kemudian, tolakkan dengan 1.
- Seterusnya, hasil tolak tadi di darabkan dengan 2.
- Hasil jawapan untuk darab, kita tambahkan angka 2 di hujung nombor hasil darab tadi.
Contohnya.
Kita nak cari Juzu' 11. Mungkin anda tidak tahu Juzu' 11 berada pada muka surat yang mana kan?
- Letakkan nilai x = 11.
- (11-1) = 10.
- 10 X 2 = 20
- Angka 2 kita tambahkan pada hujung hasil darab tadi = 202
Hasilnya.. kita akan tahu bahawa Juzu' 11 berada pada muka surat 202 dalam Al-Quran Rasm Uthmani.
Mari kita semak sama-sama..
Maaf ya.. Gambar kurang berkualiti.. =) |
Nampakkan?
Juzu' 11 berada pada muka surat 202..
Dan dimulakan dengan Surah At-Taubah..
*Cuma.. formula ini tak dpt di aplikasi untuk Juzu' 1.. =)
*Cuma.. formula ini tak dpt di aplikasi untuk Juzu' 1.. =)
Ini pun saya terbaca di satu blog yang berkongsi tentang panduan hidup dalam Islam..
Jadi.. Kita semua boleh baca sama-sama..
Dan kongsi dengan saudara Islam kita yang lain..
Islamkan adalah satu agama yang memudahkan hidup kita..
Moga kelebihan ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah.. =)
0 comments:
Post a Comment