Monday, January 10, 2011

Filled Under:

Adab-Adab Di Alam Perkahwinan


Adab Lelaki Jika Ingin Nikah

  • Mencari ( wanita ) kerana agamanya. setelah itu baru kecantikan dan harta jika ia menginginkannya.
  • Jangan Menetapkan syarat mati bagi dirinya untuk masa yang akan datang.
  • Jangan menutupi ( keinginan menikah tersebut ) .
  • Jangan membiarkan harta dan perkahwinannya.
  • Jangan meminang perempuan milik saudaranya.
  • Jangan duduk dalam kesendiriannya sehingga orang lain boleh melihat kehormatannya.
  • Jangan mengutuskan ( perantaraan ) seorang pendusta, serta jangan menerima pemberian maklumat orang yang suka mengumpat, tetapi hendaklah diambil dari orang yang dekat dengan ( wanita yang dipilihnya ).
  • Hendaklah dia bersikap lembut dalam memandangnya sebelum terjadinya akad.
  • Sesudahnya hendaknya menyampaikan tutur kata yang manis kepadanya.
  • Hendaknya ( sebelum meminang), mencari tahu tentang watak ayahnya serta agamanya, juga keadaan ibunya, agama dan perkataannya.


Adab Wanita Jika Dipinang Lelaki


  • Memerintahkan ( Lelaki ) dari keluarganya untuk menanyakan tentang mazhab, agama, akidah dan akhlak peminangnya serta keluhuran peribadi dan kejujurannya dalam berjanji.
  • Melihat siapa kerabat-kerabatnya dan siapa orang yang mendidiknya di rumahnya.
  • Hendaknya yang menjadikan tujuannya adalah agamanya bukan hartanya, atau perilakunya bukan kemasyhurannya, kecenderungannya terhadap sikap Qanaah, dan kekuatan memegangi norma sehingga ditaati perintah-perintahnya, juga apakah calon suaminya itu orang yang penuh cinta kasih.
  • Mencari tahu tentang kerajinannya dalam solat jemaahnya,kejujurannya dalam perniagaan, amanahnya dalam pekerjaannya dan perbuatannya.



Adab Bersenggama ( Bersetubuh )

  • Memakai wangi-wangian.
  • Bertutur kata yang lembut.
  • Memperlihatkan rasa sayang.
  • Mencium yang hangat untuk membangkitkan ghairah.
  • Sentiasa mengisyaratkan rasa cinta.
  • Membaca bismillah.
  • Tidak memandang kemaluan, sebab hal itu mengakibatkan kebutaan.
  • Menutupi diri di bawah kain ( Saat berjimak )
  • Tidak menghadap kiblat.

Adab Suami Terhadap Isteri

  • Menggaulinya dengan baik.
  • Tutur kata yang lemah lembut.
  • Memperlihatkan rasa sayang.
  • Memperlihatkan wajah berseri dalam bermesraan.
  • Melupakan kesalahan isteri.
  • Menjaga harga diri isteri.
  • Tidak banyak berdebat dengannya.
  • Memberi tanpa bersikap kikir kepadanya.
  • Memuliakan keluarga isteri.
  • Selalu menjanjikan kebaikan.
  • Sangat menunjukkan keghairahan dan kecemburuan kepada isteri.

Adab Isteri Terhadap Suami

  • Sentiasa malu kepadanya.
  • Tidak terlalu sering mengusiknya.
  • Selalu mentaati perintahnya.
  • Diam saat dia berbicara.
  • Menjaga ( diri dan hartanya) dikala si suami tiada.
  • Tidak khianat dengan harta si suami.
  • Memakai wangi-wangiaan.
  • Membersih mulut dan baju.
  • Memperlihatkan sikap Qanaah.
  • Menerapkan sikap sopan santun.
  • Selalu berhias untuk suami.
  • Memuliakan keluarga dan kaum kerabat suami.
  • Melihat keadaan suami dengan keutamaan.
  • Memperlihatkan rasa cinta kala berdekatan dengan suami.
  • Memperlihatkan kegembiraan saat melihat wajah suami.

Sumber : Bidayah al Hidayah, Al-Adab Fil Ad-Din ( Karangan Imam Al-Ghazali )

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).