Monday, January 31, 2011

Filled Under:

Marilah Kita Duduk Untuk Beriman Sejenak


Dunia memang terlalu menyibukkan hingga kadang-kadang kita lupa diri dan keliru dengan apa yang kita sibukkan. seringkali kita biarkan terabai perkara-perkara yang utama dan menghabiskan sebahagian besar dari masa kita dalam perkara-perkara yang kurang utama. Ketika inilah kita perlukan kerehatan.....kerehatan jiwa, untuk kita bangunkan semula kekuatan iman dan seterusnya berbekalkan kekuatan iman ini kita menongkah arus yang seringkali menyebabkan kita tersungkur dan hilang arah tujuan.

Inilah hakkikat kehidupan kita yang sebenar.....kita akan sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan yang menjadikan hati kita lembut dan tenang, niat kembali bersih dari kekufuran dan kemunafikan serta kepekaan terhadap tugas insani Rabbani menjadikan kita sentiasa berada dalam amal soleh dan azam kebaikan. 

Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futur dan kufurnya, menjadikan dunia indah pada pandangan matanya lalu jiwa menjadi keras serta penuh dengan keluh kesah lalu menjadikan kita sentiasa berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angannya dan berlengah-lengah dalam mencari manfaat diri. 

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, pasti akan terus berlaku. 


Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis zikir dan tazkir, saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain serta sentiasa menghubungkan hati mereka dengan sumber kekuatan jiwa hingga jiwa mereka menjadi tenang, hati menjadi lembut serta peka dan cinta kepada kebenaran. Mereka juga sering sibuk memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran, memeriksa hati daripada diselubungi penyelewenganserta memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang akan membawa kepada bid'ah atau kecuaian hingga meninggalkan dan memandang ringan perintah Allah dan petunjukNya.

Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:

Marilah kita duduk untuk beriman sejenak


Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:

Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.

Lalu marilah kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini. marilah kita duduk sejenak mendengar dan merenung sedikit nasihat agar hati kita menjadi lembut semula.

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).