Gambar di atas menjelaskan bahawa walaupun berserban besar dan berjubah mereka "MUSLIM" maju dalam pelbagai Ilmu dan praktiknya sekali . Sekarang orang yg sebegini rupa kita gelarkannya yg paling dahsyat sekali dengan gelaran suatu ajaran sesat ( tidak semua ) dan ketinggalan zaman . dan manusia yg berkot dan bertali leher adalah manusia yg moden dan menepati cita rasa zaman dan maju .
Mereka kita bezakan sebagai 2 kelompok yg berbeza . Padahal ia sebenarnya satu . Dasar pecah dan perintah bukan setakat persepadanan sesuatu negara sahaja tetapi otak kita juga ..perhatikanlah akar tunjang fahaman itu dalam diri kita . Sukar kita hendak mencabutnya !
Benih -benih Dajjal ada di dalam jiwa kita ...sesungguhnya Kamal Atatruk yg kita patut puji akan hal ini ...Bagaimana kita hendak melepaskannya ?
Manuskrip Islam tertua di kepulauan Nusantara ditemukan di Terengganu, Malaysia. Manuskrip ini bernama Batu Bersurat yang dibuat tahun 1303 (abad 14). Tulisan ini menyatakan tentang penyebaran dan para pemeluk Islam pada zaman itu. Manuskrip ini sudah diteliti oleh oleh ahli-ahli Sejarah dan Arkeologi Islam di Malaysia seperti Prof Naquib Alatas.. semua menyimpulkan manuskrip ini sebagai yang tertua di Asia Tenggara.Dan manuskrip yang kedua tertua pada tahun 1310, ditemukan syair tentang keislaman yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan huruf Jawi di Minya Tujoh, Aceh.
Manuskrip-manuskrip itu berada di mana?
Sebahagian besar berada di Belanda, tepatnya di Universiti Leiden. Pada masa VOC dan penjajahan Belanda, mereka melakukan pengumpulan, kemudian melakukan pencurian dan penjajahan terhadap manuskrip-manuskrip Islam klasik untuk kepentingan mereka. Di antaranya, untuk memudahkan misi penjajahan dan menghilangkan jejak peradaban Islam dari sumbernya aslinya di Timur Tengah. Dengan dirampasnya karya-karya para ulama, umat Islam di Nusantara menjadi kehilangan sumber dalaman perkembangan Islam. Inilah yang menyebabkan penjajahan berlangsung hingga ratusan tahun.Sejak itu jati diri mulai kendur dan hilang dari jiwa orang Islam berbangsa Melayu .
Perbandingan manuskrip Islam yang ada di Indonesia dan Belanda?
Manuskrip dengan huruf Jawi dan bahasa Melayu yang ada di Perpustakaan Nasional Jakarta ada dalam 1,000 naskah. Sementara di Belanda, manuskrip Islam asal Indonesia yang ditulis dengan bahasa Jawi mencapai lebih dari 5,000 naskah. Belum lagi manuskrip yang ditulis dengan huruf Pegon atau huruf Arab dan bahasa Arab, jumlahnya agak banyak. Pihak Belanda melakukan pengumpulan kemudian diangkut ke Belanda dari seluruh daerah di kepulauan Indonesia. para pengkaji nusantara ke Leiden pada tahun 2006 dan melihat karya asli Sunan Bonang, ar Raniri, Hikayat Aceh, Hikayat Melayu, Babat Tanah Jawi dan lainnya. Di Indonesia hanya ada salinannya saja. Adakah mereka berhak mengambilnya dari kita dan kita di tinggalkan yg bukan asli ? . Adakah kita di halang mengambil hak kita yg dicuri oleh mereka ?
Manuskrip Islam yang ada di Belanda tidak boleh diambil kembali?
Untuk mendapat kembali secara fizikal sekarang ini dikatakan sangat sukar.. kerana berkait dengan bentuk fizik naskah2 tersebut yang sudah berumur ratusan tahun sehingga banyak bahagian yg rosak teruk jika disentuh. Memang sudah ada akta antarabangsa menyatakan tentang benda-benda hakmilik budaya termasuk manuskrip dari sesebuah negara harus dikembalikan pada negara yg terlibat. Caranya dengan melakukan perundingan bilateral antara negara yg berkaitan.
Contoh manuskrip yang sudah dipulangkan secara fizik ke Indonesia adalah Kitab Negara Kertagama. Kitab ini diambil Belanda semasa perang Lombok. Malah, pelana kuda pahlawan Diponegoro juga sudah dikembalikan oleh Belanda, termasuk satu peti cincin dan emas berlian dari Lombok. Sekiranya proses pengembalian secara fizik khazanah ini telah rosak, pemerintah boleh melakukan proses dokumentasi dengan microfilm secara digital.
Apa sebenarnya fungsi manuskrip Islam ini?
Pertama, naskah-naskah ini mengandung informasi yang sangat lengkap tentang peradaban Islam dalam ertikata yg sangat lengkap, sehingga bermanfaat untuk menjaga kesinambungan peradaban Islam. Di situlah jati diri yg telah hilang ,mengkajinya bermakna mencari penemuan diri yg sebenar sebagai hamba Allah s.w.t
Kedua, berisi kajian keagamaan yang bersumber dari karya para sahabat di masa Rasul, sehingga bermanfaat untuk menjaga dan mengembangkan sinambungan ajaran Islam di masa akan datang. Maka tali yg diputuskan oleh Kamal Ataturk dapat disambung semula .
Ketiga, berisi tentang seluk beluk pemerintahan pada saat itu, hingga bermanfaat untuk mengkaji model pemerintahan yang tepat menurut Islam. Kalau kita yakin kita boleh mengantikan sistem demokrasi yg kita gunakan sekarang dengan sistem yg terbaik di sepanjang zaman . Adakah anda kurang yakin dengan sistem Khilafah ?
Keempat, berisi struktur sosial masyarakat dan model perekonomian yang berlaku waktu itu, sehingga bermanfaat untuk mengkaji model pembangunan ekonomi yang tepat pada masa kini.
Kelima, berisi adat kebiasaan, hukum dan teknologi yang berkembang waktu itu. perkara ini akan membuka celik siapa sebenarnya yg dikatakan muslim ...kita sudah tidak tahu apa itu diri yg dikenali sebagai muslim . Ketika era kegemilangan Islam .Apabila seorang Islam itu berjalan di pasar-pasar ,mansia non muslim akan berbisik-bisik sesama mereka ..LIHATLAH ITU ORANG ISLAM ! ..EH ITU ORANG ISLAM ..maka selepas itu mereka akan memuji -muji orang Islam . Adakah perkara itu berlaku sekarang ? . Mereka kagum akan MUSLIM seperti kita kagum dengan Orang putih pada zaman sekarang .
Keenam, berisi tentang ubat-ubatan yang digunakan waktu itu dan zaman yang terdahulu...iaitu dikembangkan model pengubatan tradisional yang bersumber dari ajaran Islam atau tradisi pada masa Rasulullah.
Maka Wahai manusia berlarilah ke arah itu sekarang ... jangan tunggu -tunggu lagi ..jadilah perintis dan pemula era Empayar Islam yg ke 2 . Selamat datang ke zaman awal akhir zaman ..anda sudah hampir di pintu gerbangnya
0 comments:
Post a Comment