Saturday, November 20, 2010

Filled Under:

KEJATUHAN SISTEM KHALIFAH ISLAM..

Siapa Sultan Abdul Hamid ke- 2?? Mungkin kisah tentangnya hanya kita kenali melalui kata-katanya yang terkenal ketika Yahudi datang untk mendapatkan Palestin.. Tapi pernahkah kita kenali dia secara dekat dan lebih dalam? Siapakah dia? Macam mana ciri-ciri kepimpinannya? Bagaimana pengakhirannya? dan sebagainya .

Jadi dalam tulisan ini kita akan sama-sama layari mengenali serta menyingkapi peribadi yang digelar “khilafah terakhir” walaupun pada hakikatnya dia bukanlah khilafah terakhir . Era khilafah selepas beliau jatuh tarafnya sebagai kerajaan yg diiktiraf lagi berdaulat menjadi kerajaan terbuang tetapi masih lagi berdaulat . Kerajaan terbuang lagi berdaulat dan apa yg dikenali sebagai Islam kembali sebagai dagang itu akan mengakhiri tempoh pemulauan dan penyisihan tidak lama lagi iaitu setelah hancurnya segala sistem ciptaan manusia dan berdirinya sistem ilahi yg akan diasaskan oleh khalifah yg agong iaitu Imam Mahdi r.a .
Nama sebenarnya adalah Abdul Hameed Khan, dia dilahirkan pada 21 Sept 1842. Dia merupakan anak kepada Sultan Abdul Majeed dan ibunya meninggal dunia ketika dia berumur 7 tahun. Ketika ayahnya meninggal maka pak ciknya iaitu Abdul Aziz menjadi penggantinya. Kemudian pakciknya telah dibunuh dan digantikan oleh Sultan Murad (anak Sultan Abdul Aziz). Namun tidak lama selepas dilantik Sultan Murad telah dipecat kerana ketidak suaian dalam jawatan tersebut.

Akhirnya pada 21 Ogos 1876(1293H) Sultan Abdul Hamid telah dilantik menjadi Khalifah dan seluruh rakyat dan umat telah memberikan Baiah padanya. Umurnya ketika itu 34 tahun. Sejak awal lagi dilantik dia telah menulis dalam diarinya menyatakan dia berperasangka bahawa kematian pakciknya dan beberapa perubahan menteri dalam organisasi Kerajaan Othmaniyyah ada kaitan dalam menjatuhkan Kerajaan Islam.
Dia telah menjadi khilafah selama 30 tahun dan dalam tempoh tersebut pelbagai masalah yang dihadapi samada luaran atau dalaman, peperangan, konspirasi. Atas tekanan yang amat dalam tempoh pemerintahannya Sultan Abdul Hamid telah menulis dalam diarinya:
2
  • Ya Allah aku mengetahui bahawa Kau merupakan Al Aziz.. dan tiada yang lain selain Engkau
  • Ya Allah ambillah tanganku ini dalam menempuh masalah yang susah ini
  • Ya Allah bantulah aku dalam situasi yang sangat genting ini..
Antara masalah yang dihadapi oleh Sultan Abdul Hamid:-
a.Masalah dalaman
1.1 Sultan Abdul Hamid telah dapat mengesan bahawa pembuangan pakciknya (Sultan Abdul Aziz)dari jawatan khalifah ada kaitan dengan ketua menterinya iaitu Midhat Pasha. Namun masalah timbul kerana Midhat Pasha merupakan seorang yang mempunyai sokongan yang kuat dan mempunyai suara majoriti dalam majlis syura. Sultan Abdul Hamid telah menggunakan beberapa taktik yang akhirnya membawa kepada dihantarnya Mahmat Pasha ke Eropah setelah terlaksananya hukuman di buang Negara.
1.2 Sultan Abdul Hamid juga dapat kesan bahwa salah seorang ketua dewan menterinya yang juga salah seorang panglima tenteranya iaitu Awni Pasha terlibat dalam menerima sogokan dari British dan juga turut terlibat dalam menjatuhkan pakciknya (Sultan Abdul Aziz). Awni Pasha juga telah memaksa Othmaniyyah terlibat dalam peperangan Bosnia supaya Russia, England, Austria- Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan France akan menyerang Othmaniyyah.

Dia juga telah menipu Sultan Abdul Hamid bahawa Othmaniyyah mempunyai 200,000 askar yang sebetulnya hanya mempunyai 30,000 askar untuk melawan lebih dari 300,000 askar musuh. Akhirnya sikap Awni Pasha diketahui umum dan dia telah dibawa ke mahkamah atas mempunyai hubungan dengan British.
1.3 British dan Perancis masih takut dengan Kerajaan Othmaniyyah kerana mereka mempunyai semboyan Jihad. Jadi mereka merancang menggunakan taktik pecah dan perintah. Mereka telah menyalurkan bantuan kewangan pada Golongan Belia Turki dan Arab. Apabila golongan ini bertambah kuat maka British dan Perancis tidak perlu melakukan apa-apa kerana golongan ini yang akan menjalankan tugas.
Golongan belia ini telah membangkitkan semangat nasionalis yang akhirnya membuatkan golongan Arab, Kurd, Amenia serta bangsa-bangsa lain melaungkan semangat nasionalism. Umat Islam ketika itu lebih mempunyai semangat bangsa mengalahkan semangat menjaga Kerajaan Islam dan ketika itulah bermulanya titik kejatuhan Othmaniyyah. Akhirnya Arab telah meminta bantuan British dan Perancis menghadapi Othmaniyyah kerana mereka merasakan dijajah oleh bangsa lain. Namun setelah itu British dan Perancis telah melakukan perbuatan khianat dan menjajah Negara Arab sendiri.
b. Masalah Luaran

2.1 Sultan Abdul Hamid telah mengesan bahawa fahaman komunis telah semakin kukuh di Russia maka ianya memberi ancaman kepada daerah Balkan yang berada di sana. Pada ketika itu Balkan menghadapi dua ancaman, satu dari Russia dan satu lagi dari Austria. Maka Sultan Abdul Hamid telah mengambil keputusan untuk menyedarkan Balkan terhadap ancaman ini dan membuat persetujuan dan Balkan untuk menghantar bantuan. Namun ketika persetujuan ini tiba di peringkat terakhir, Bakan mengambil tindakan yg drastik iaitu dengan memohon untuk berpisah dengan kerajaan Turki Othmaniyyah.

2.2 Pada tahun 1901 seorang pemilik bank yang berbangsa yahudi Mizray Qrasow telah mengadakan lawatan ke Turki. Dalam lawatan tersebut dia telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid dan menawarkan padanya:
1. Membayar semua hutang Turki Othmaniyyah
2. Membina bangunan Tentera Laut Kerajaan Othmaniyyah
3. 35 milion. Emas Leera tanpa interest untuk membantu kerajaan Othmaniyyah
Sebagai tukar gantinya Mizray Qrasow minta:
1. Kelulusan untuk membenarkan Yahudi duduk di Palestin pada bila-bila waktu dan tinggal di sana selama mana mereka mahu atas tujuan menziarahi tanah suci
2. Kelulusan untuk membenarkan Yahudi membina penempatan iaitu rumah berdekatan dengan Baitul Maqdis.

Sultan Abdul Hamid telah menolak permintaan tersebut dengan mengatakan:
“Hutang Othmaniyyah bukanlah satu benda yang memalukan kerana Perancis turut mempunyai hutang yang sangat banyak namun ia tidak menggugat Negara tersebut. Aku rasa lebih malu untuk menjual tanah (yang telah diambil oleh Ibn Khattab) kepada Yahudi dan menzalimi amanah serta kepercayaan seluruh umat padaku. Simpanlah duit itu wahai Yahudi! Kami tidak akan meletakkan diri kami di dalam Istana yang dibina dari kocek musuh Islam”
Tidak lama setelah itu Pengasas Gerakan Zionis Antarabangsa, Theodor Hertzil meminta untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid. Namun permintaan tersebut telah ditolak serta Sultan Abdul Hamid meminta Ketua Menterinya menyampaikan pesanan bahawa :
” Berhentilah kau dari projek ini, aku tidak berhak untuk memberikan walau sedikit dari tanah suci ini kerana ianya milik kesuluruhan umat Islam. Umat Islam yang telah berjihad untuk tanah ini dan dia telah mencurahkan darah mereka di sini. Yahudi mungkin boleh menyimpan duit mereka berbilion. Namun jika suatu hari nanti khilafah jatuh, maka mereka boleh mengambil tanah suci ini tanpa bayaran. Tetapi selagi aku hidup! Aku lebih sanggup ditikam dengan pedang daripada menjual tanah suci ini. Ini adalah suatu benda yang tidak logik! Aku takkan menikam diri sendiri selagi aku hidup.”
3
Tandatangan Sultan Abdul Hamid
Disebalik semua masalah ini, Sultan Abdul Hamid sebenarnya telah membangunkan Kerajaan Othmaniyyah:-
  • Pada awal pemerintahan Sultan Abdul Hamid Kerajaan Othmaniyyah menanggung hutang sebanyak 2528 million emas Lera namun ketika dia dipecat hutang itu talah menjadi 106 million emas Lera iaitu 1/20 daripada hutan asal. Tetapi khalifah boneka tajaan Yahudi selepas itu telah menaikkan hutang itu sebanyak 1300%.

  • Membina pelbagai kemudahan awam seperti Pasar Hamedi, Istana Alazm di Damascus. Dia juga membina pelbagai masjid, pasar , tempat mandi awam, dan Hospital
  • Dari sudut pendidikan, dia cuba menandingi Eropah dari segala sudut pendidikan namun gagal kecuali dalam dua bidang iaitu kedoktoran dan juga ketenteraan. Pada ketika itu tentera darat Othmaniyyah diletakkan sebagai yang terkuat di dunia dan tentera lautnya ketiga terkuat selepas England dan Perancis.

  • Pada ketika itu di Mesir Syria dan Iraq ada lebih 1300 jenis surat khabar dan majalah bagi membina pemikiran umat.

  • Antara yang memberi sumbangan dalam menyelesaikan hutang tersebut adalah dengan pembinaan talian faks antara Yaman Hijaz Syria Iraq Turki India. Dia mendapat untung setelah dua tahun digunakan kerana banyak digunakan oleh jemaah haji.
Sebagai tindak balas pada pembangunan ini Eropah telah membuat beberapa perkara:
  • Menggunakan golongan minoriti kristian di Negara Islam untuk menghasilkan kekecohan dan ketidak stabilan dalam Negara.
  • Mereka telah membina banyak gereja dan sekolah di Negara-negara Islam dengan harapan dapat menarik umat Islam dari ajaran Islam.
  • Menerbitkan banyak surat khabar dan majalah bagi mempromosi budaya barat serta meracuni pemikiran umat.
  • Mewujudkan suasana kucar kacir dalam kerajaan dengan membahagi tugasan sesama mereka dengan bantuan kewangan pada golongan pemberontak. England membantu Druz, Perancis membantu golongan pemberontak di Lubnan dan kedua-dua kuasa besar ini terlibat dalam peperangan menghadapi tentera Othmaniyyah.
Sultan Abdul Hamid kemudian sedar dalam mengahadapi ancaman barat semua muslim perlu bersatu di bawah satu payung, jadi dia telah merancang beberapa perkara berobjektifkan menyatukan umat Islam:
1. Dia Berjaya menyatukan penduduk muslim India dan Pakistan yang akhirnya memberi ancaman pada British. Perkara yang sama berlaku di Russia dan Southern USSR.
2. Membina rel keretapi menghubungkan semua Negara Islam yang akhirnya membuat ramai penduduk merasakan kesatuan dan kebersamaan tersebut.
3. Dia melancarkan kempen berselogankan penyatuan umat di seluruh Negara dengan menjemput ramai pemimpin dari Negara Islam termasuklah Indonesia , Afrika dan pelbagai lagi. Namun Barat dapat menghidu perancangan ini lalu mereka menawan Negara Islam yang jauh dari Othmaniyyah. Meraka hantar Belanda ke Indonesia, Perancis ke Tunnesia, British ke Mesir dan juga Negara-negara Islam lain termasuk Tanah Melayu.
Sultan Abdul Hamid merasakan tekanan ini sehingga dia menyatakan di dalam diarinya bahawa dia mersakan sebuah dinding yang sangat besar sedang jatuh padanya. Dia juga menyatakan bahwa dia merasakan keseorangan dalam menghadapi ancaman ini.
4
Gamba ketika dihalau dari pejabatnya. (diiringi 4 orang wakil yang memberitahu)

Akhirnya, pada tarikh 27 April 1909, 240 ahli senat Othmaniyyah menyatakan bahawa meraka menghadapi tekanan amat sangat daripada Golongan Belia Turki supaya memecat Sultan Abdul Hamid. Salah seorang ahli dewan senat Sheikh Hamdi Affandi Mali megeluarkan fatwa yang dipersetujui oleh semua ahli dewan senat:
“Jika seorang Khilafah mengambil remeh masalah agama, menggunakan duit kerajaan dengan sewenang-wenangnya, disabit dengan kesalahan hukum Islam dengan membunuh orang, menangkap orang tanpa sebab kemudian berjanji untuk tidak melakukan lagi namun melakukan kesalahan yang sama serta mengancam kesalamatan seluruh umat Islam di seluruh dunia maka Khalifah tersebuat hendaklah disingkirkan dari pejabatnya. Jika ketiadaannya memberi maslahat yang lebih maka dia mempunyai dua pilihan, samada dibuang atau meletakkan jawatan dengan serta merta.”
Sheikhul Islam Mohammed Dia’ Aldin Affandi

Di atas fatwa ini maka Sultan Abdul Hamid telah dibuang dari pejabatnya setelah enggan meletak jawatan. Kerajaan telah menghantar 4 orang wakil: Aref Hikmat, Aram Afandi (Armania) Asa’d Tobatani dan Emanuel Qrasow(yahudi) ke pejabatnya bagi memaklumkan fatwa ini. Ketika tiba di pejabat khalifah, Aref Hikmat membacakan fatwa tersebut dan Asa’d Tobatani pergi kehadapan Sultan Abdul Hamid dan menyatakan “Umat telah menghalau kamu dari pejabat ini”, Abdul Hamid kelihatan sangat marah lalu menyatakan “Jika umat telah memecat aku, aku tidak kisah! namun kenapa kau bawa si Yahudi ini ke pejabat Khalifah?!” .
5
Buku-buku yang memburukkan namanya
Setelah dia dipecat banyak penulis buku memburuk-burukkan namanya. Dan tidak lama selepas itu semua perkara yang dijangkakan oleh Sultan Abdul Hamid terjadi iaitu Perang Dunia Pertama dan kemuncaknya kejatuhan khilafah pada 1924 oleh salah seorang pemimpin Gerakan Golongan Belia Turki( yang menjatukan Sultan Abdul Hamid) iaitu Mustafa Kamal Ataturk.

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).