Thursday, November 4, 2010

Filled Under:

SANGKA-SANGKA

MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA
ADA SANGKAAN BAIK……
ADA SANGKAAN BURUK….

ORANG BERIBADAH DISANGKA RIAK,
ORANG YANG RILEKS DISANGKA MALAS,
ORANG BERPAKAIAN BARU DISANGKA MENUNJUK,
ORANG BERPAKAIAN LAMA DISANGKA HINA,
ORANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAP,
ORANG MAKAN SIKIT DISANGKA DIET.

ORANG BERPERANGAI BAIK DISANGKA BURUK,
ORANG BERPERANGAI BURUK DISANGKA BAIK.

ORANG YANG SENYUM DISANGKA MENGEJEK,
ORANG YANG MASAM DISANGKA MERAJUK,
ORANG BERBINCANG DISANGKA MENGUMPAT,
ORANG YANG DIAM DISANGKA MENYENDIRI,
ORANG YANG MENAWAN DISANGKA MENGGODA,
ORANG YANG CERIA DISANGKA MENGADA,
ORANG YANG BERTANYA DISANGKA MENYIBUK.

MANA TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH,
MANA TAHU YANG MASAM ITU KERANA MENGENANG DOSA,
MANA TAHU YANG BERBINCANG ITU KERANA MEMBERI PENDAPAT,
MANA TAHU YANG DIAM ITU KERANA BERIBADAH,
MANA TAHU YANG MENAWAN ITU BERSIH WATAKNYA,
MANA TAHU YANG CERIA ITU CERDAS MINDANYA,
MANA TAHU YANG BERTANYA ITU PRIHATIN ORANGNYA.

SESUATU PERKARA YANG KITA LIHAT,
JANGAN SUKA SANGKA-SANGKA,
SIKAP SANGKA-SANGKA AKAN MUSNAHKAN JIWA.

JANGAN TERLALU BERSANGKA-SANGKA,
JAUHI SIKAP SUKA SANGKA-SANGKA.



USTAZ KAZIM ELIAS

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).